"owh.. takper... saya taknak emcee." sampai sekarang ni aku masih tersenyum..
Friday, January 30, 2009
"owh.. takper... saya taknak emcee"
"owh.. takper... saya taknak emcee." sampai sekarang ni aku masih tersenyum..
Thursday, January 29, 2009
Lagenda Laskar Pelangi (Rainbow Warriors Legend)
I have never watched this movie. I just love the song.
However, when I read and find more information about this nice song, it leads me to one conclusion.
I must watch this movie!
Watching this trailer movie and reading all comments about this movie make me visualise how 10 brave rainbow warriors (title of the film) went through harsh life with tears and joy but without remorse. Laskar Pelangi is an Indonesian movie released in September 2008. The story is about 10 Belitong kids of Laskar Pelangi. With poor condition of their elementary school-SD Muhammadiyah, but with the struggle of superb teacher, Mrs.Muslimah, they’re fighting with hard to reach their dreams.
Laskar Pelangi producer, Riri Riza said : “Laskar Pelangi has unique story, fully dynamic life with appearance of 10 strong character students and an ambitious teacher which has big and noble wishes.
Any idea where to find the movie?
p.s. Paling aku eksaited sebab dalam video klip lagu tu, video camera nidji pakai tu macam ada satu kat umah ni.. hu hu..
Tuesday, January 27, 2009
Melaka.. the Historical City
Last Chinese New Year, we spent our holidays in Melaka. Together with the children, we visited most of the famous places in Melaka. As we stayed in Equatorial Hotel, it is strategic location and easy for us to go anywhere from there. Very near to the hotel is Dataran Pahlawan Melaka MegaMall. It is located strategically in the heart of the city and I can say the Mall is becoming part of the Melaka Central Historical District. Wherever you are, you will find your way here through many accessible highways and roads. Its very nice place, you can find almost anything you want here in one building!
We went to Porta De Santiago (AFamosa), built by the Portuguese in year 1511 as a fortress it sustained severe structural damage during the Dutch Invasion. The British had set to destroy it but timely intervention by Sir Stamford Raffles in 1808 saved what remains of A' Famosa today. You can find a lot of local people, also tourists here walking around and also riding 'beca' (trishaw).
Near to Porta De Santiago, you can find Melaka Sultanate Palace. Situated at the foot of St. Paul's Hill, it is the only Malay palace from Melaka's glorious past built with such detail and refinement.
Also dont forget to visit The Maritime Museum or 'Flora de La Mar', a Portuguese ship that sank off the coast of Melaka while on its way to Portugal, carrying loot plundered from Melaka. Work on the replica started in early 1990 and it was opened to the public in 1994. The Maritime Museum was officially opened by the Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad on June 13, 1994.
We also visited Al-Azim Mosque, Tanquerah Mosque, Pantai Puteri (fomerly known as Tanjung Keling). We went through historical and also nice places like Jonker Walk, Stadthyus (also known as the Red Square).
Also we didnt miss the chance to visit Zoo Melaka...
I brought my children to visit Malacca High School. Well actually I was here just for about 3 months but I am proud to be one of the students of this good school.
Before went back to KL, we stopped by at this Roti John stall near to Kem Terendak. The taste is still the same even though I didnt taste it for the past 17 years! Only the price is different..
umm.. Kem Terendak... the most memorable place of me and my family.
Asam Pedas Melaka..Memang Power!!!
Kami bertolak hari Ahad tengahari. Sengaja kami makan yang ringan-ringan untuk mengalas perut kerana aku memang teringin sangat nak pekena asam pedas Melaka. Kali terakhir aku makan asam pedas di sini pada tahun 2006 pada masa tu kami ada outstation meeting, dan rakan aku Fatimah membawa kami ke satu kedai di Batu Berendam. Sedapnya tak terkira.. Asam pedas Melaka ni kalau mengikut rakan aku ni, cara masakannya berlainan dengan asam pedas biasa. Belacan tak dek. Daun limau purut atau daun kesom adalah optional. Masa tu aku makan asam pedas daging tetel. ummm memang sedap..
Sesampai kami di Melaka, selepas check in di hotel, kami tak tunggu. Terus pusing-pusing carik kedai Asam Pedas 35. Rakan aku yang sorang ni pun ada rekomen kalau nak makan asam pedas yang sedap, pergi restoran ni. Tapi aku frust sangat sebab sesampai kami di sana, tuan punya kedai dah berkemas.. dah habis dik... Tapi nak makan asam pedas punya pasal, kami ke Restoran Sajian Kampung Asam Pedas Mah yang terletak sebaris dengan restoran 35. Kami makan berempat, asam pedas daging tetel, asam pedas tenggiri, hati masak kicap, sayur goreng dan keli goreng. Wah memang sedap... Terasa asamnya.. dan dia letak daun limau purut.. rasanya... pergghhh... kaw habis... sedapnya sampai aku terlupa nak ambil gambar makanan tu semua. Semua sekali termasuk minum RM45. Kira oklah bagi aku... Kenyangnya sampai ke malam.
Hari kedua kami pekena seafood di Ikan Bakar Ala Kassim.. di Crystal Bay. Aku masih ingat lagi jalan ke Crystal Bay sebab berhampiran dengan sekolah aku dulu SMKA Sarifah Rodziah (ala kalau budak Melaka tak kenal sekolah ni sajer aje la.. sekolah famous amos atas bukit tu).. Terkejut anak2 aku sebab orang punya la ramaiii... sejam aku tunggu baru makanan datang. Itupun bukan semua yang aku order sampai. Hannah dah bersungut2 nak balik. Aku malas la nak komplen pasal servis dia, bagi aku servis restoran paling power sekali kat KL la... Luar KL ni kena redha ajela... Air minum toksah cakapla... Aku risau anak aku tercekik aje so kami belikan air tin soya padahal aku order milo ais je.. sejam setengah baru sampai.. Kami makan sotong goreng tepung, udang butter dan ketam cili.. nasik lemak dia sedap giler... Itupun hubby aku pergi dapur dia mintak sendiri nasik lemak tu kalau tak, tak taula pukul berapa nak makan.
Anyway, walaupun lambat sampai makanan tu, tapi masakannya memang sedap. No wonderla ramai orang. Semua sekali RM63. Murah dan sedap.. ketam dia pun fresh... Tapi sebab aku dah tensen makanan lambat sampai, so bila makanan sampai kami tak tunggu. So maknanya takdek la gambar untuk tatapan korang sumer.
Wednesday, January 21, 2009
Kisah pagi ini..
Berdasarkan pemikiran aku (pada masa tu la)... ada 2 kemungkinan:
1. Mungkin semalam si anak ada menyebut nak beli sesuatu di sekolah dan ibubapa nya bersetuju tiba-tiba pagi ni lain pulak ceritanya. Maklumla semalam balik kerja kan ke penat.. iye kan aje apa anak tu mintak.
2. Atau si anak nak balik awal harini dan minta ibubapanya datang lebih awal daripada biasa. Tapi macam biasa tuntutan tugas menyebabkan itu tidak mungkin berlaku.
Sampai kini aku masih terbayang tendangan itu. Nasib baik tak kemek..
Tuesday, January 20, 2009
Ini betul-betul bukan cobaan!
Ketika sedang bersantai-santai sambil menunggu kelas bermula pagi tadi, aku terdengar perbualan sekumpulan kecil berhampiran dengan tempat aku duduk. Pada mulanya aku tak berapa nak endah apa yang diperkatakan tapi lama kelamaan suara masing-masing semakin kuat nak tak nak terpaksa la aku dengar.
"Aku tak akan maafkan dia". kata A.
Errkk... apa tu? Bisik aku dalam hati.
"Yelah tak patut dia buat macam tu. Aku pun tak akan maafkan dia." sambung B.
"Aku study macam nak mampus buat asaimen tapi dia bagi aku C je". Aku memang tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Memang aku sumpah dia tu." Ulang A semula.
Fahamlah aku apa topik yang dibualkan mereka ini. Melihatkan kepada gaya mereka, semuanya dah besar panjang, bukannya budak-budak lagi tapi sanggup mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengar apatah lagi kepada insan yang aku kira "GURU" mereka.
Entahlah aku bukannya pandai sangat nak bagi nasihat. Sebabnya akupun bukanlah insan yang sempurna. Apabila mendengar perbualan mereka, fikiran aku secara automatis melayang flashback pengalaman aku sendiri kira-kira 10 tahun yang lalu..
Aku taknaklah memandai-mandai. Memandangkan aku tak dapat nak bagi nasihat pada mereka on the spot, aku nak kongsi kisah benar yang aku alami sendiri (ini betul-betul bukan cobaan) supaya menjadi iktibar kepada semua samada korang masih belajar atau dah habis belajar kalau tak pun ambil aje sebagai panduan.
Kisah berlaku semasa aku berada di tahun akhir pengajian aku. Ada satu subjek aku masih ingat lagi iaitu PNG. Pensyarahnya mengajar macam dunia ni dia yang punya maklumlah pemegang gelaran professorla katakan. Aku namakan dia Prof C. Nak jadikan cerita, pada suatu hari, selepas kuliah, aku telah turun ke hadapan untuk bertanyakan soalan kepada beliau. namun jawapan Prof C amat ringkas dan pendek. "you baca sajalah". Aku terangkan kepada dia yang aku tak faham satu perenggan yang dia sebut tadi masa kuliah tapi dia ulang "you baca sajalah". Dengan anggapan bahawa dia mungkin sibuk dan mengejar masa aku menjawab, "never mind Professor its ok."
Walaubagaimanapun, hati aku tiba-tiba menjadi sakit apabila aku melihat Prof C melayan pelajar selepas aku ini dengan penuh mesra siap cakap dalam bahasa ibunda dia lagi. Dengan penuh aksi kaki tangan semua Prof C ni terangkan kepada pelajar yang sebangsa dengannya. Aku berasa sangat kecewa. Aku cuba tahan perasaan aku dan aku pasrah bahawa inilah dugaan yang harus aku tempuhi belajar di sini. Aku tidak mencarut atau memaki, cuma aku merasa hampa dan sakit hati.
Masa terus berlalu dan peperiksaan akhir kertas PNG pun tiba. Aku bersedia bagai nak rak study pulun (aku memang poyo sikit) namun sakit hati aku masih belum padam. Memang aku target untuk score paper ni walaupun Prof C bolayan masa aku tanya soklan tempohari. Akan aku buktikan bahawa aku pun mampu berjaya.
Setelah masuk ke Bangunan Peperiksaan, apabila diumumkan "anda boleh mula menulis sekarang", aku menyelak kertas soalan, aku sangat gembira kerana sekali imbas hampir kesemua soalan yang ada tersenarai di situ aku berkeyakinan aku mampu menyelesaikannya.
Namun masalah timbul apabila aku mahu mula menulis. Aku masih ingat kami perlu menjawab 5 daripada 7 soalan dalam masa 2 jam setengah. Nombor soalan telah aku pilih namun tangan aku menggigil untuk mula menulis jawapan. Tiba-tiba pandangan aku menjadi kelam. Aku rasa pening dan nak pitam. Badan aku mula berpeluh-peluh. Aku Blank!!! Aku cuba lagi untuk menulis. Tapi fikiran aku kosong. Tiada apa yang hendak ditulis.
Aku terus tersandar. Aku menoleh di kiri dan kanan aku semuanya khusyuk menulis.
Habisla aku kali ni..
Masa terus berlalu. Selepas 5 minit aku masih lagi tersandar di kerusi itu tanpa berbuat apa-apa. Badan aku terasa semakin panas. Aku rasa macam nak angkat tangan order air kopi. Tapi aku rasa cam segan pulak. ok. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kenapa dengan aku ni? Apa aku nak buat? Aku memang tak tau nak tulis apa.
Its ok. Kalau selepas 5 minit lagi aku masih berterusan begini, aku akan menyerah diri keluar dari dewan peperiksaan. Tak guna pun aku tunggu.
Aku mula menggoyangkan kaki aku. Kedua tapak tangan aku tekupkan ke pipi. Apa yang aku dah buat silap kali ni. Pastinya ada yang aku tersilap. Salah makan? Tak mungkin. Salah tidur? Tak mungkin juga. Nak buang air? Rasanya dah habis semua aku buang tadi.
Tiba-tiba aku ternampak bayangan muka Prof C di fikiran aku. Thats it! Aku tau.. Aku jadi macam ni semua sebab aku rasa marah dan sakit hati pada Prof C. Ya Allah! Begitu cepat balasan Kau kepada aku... Aku merasa sangat menyesal. Pastinya sebab aku sakit hati pada Prof C menyebabkan Allah tarik semua ilmu yang aku belajar dari dia. Astagfirullahulazim! Memang aku tak patut marahkan guru aku sendiri. Walaupun dia tidak sebangsa dengan aku, namun dia tetap guru aku. Sedar tak sedar aku rasa mata aku panas berair. Aku sedih dan rasa bersalah pada Allah, pada Prof C dan pada diri aku sendiri.
Tiba-tiba aku rasa kembali tenang. Aku cuba mengangkat pen kembali dan Alhamdulillah semuanya menjadi stabil semula. Alhamdulillah, aku terus menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam kertas putih itu.
Selepas selesai peperiksaan, aku ditegur oleh rakan baik aku, Yati.
Yati bertanya, "eh kenapa aku nampak tadi kau pucat aje masa exam? "
"Aku blank la... tensen aku" jawab aku sambil menitiskan air mata. "Habisla aku kali ini." Kau hantar berapa helai jawapan?"
"Aku hantar 9 helai" jawab Yati.
"9 helai?". Mendengar jawapan Yati, aku terdiam.
"Ko pulak hantar berapa helai?"
"errr... Aku hantar 17 helai".
"Aik kata blank.. apasal sampai 17 helai?" soal Yati.
"Mungkin tulisan aku besar kot." Jawab aku pantas.
Moral of the story is..
Janganlah sesekali kita menyimpan dendam apatah lagi mengutuk atau mengata guru kita tak kira dia tu siapa.
Allah Maha Berkuasa. DIA akan bayar CASH!! Cuma masanya sahaja tak tahu bila.
Wallahu aklam.
Saturday, January 17, 2009
Everybody is leaving me
umm.. I guess everybody is leaving me..
To all my friends that are scattered all around the world, all the best to you guys.. study hard, enjoy your best moment and take care!!
Red Hot in Town!
Link below will show you guys the same topic:
Friday, January 16, 2009
Permainan Saidina
Saidina juga boleh dimainkan seberapa lama yang korang suka sehingga semua orang menjadi papa kedana jual harta semua dan meninggalkan seorang pemenang (SAIDINA). Tapi awas kerana orang yang kaya di awal permainan mempunyai posibiliti untuk menjadi muflis towards the end.
Permainan ini boleh dimainkan seminimum 2 orang sehingga seberapa ramai yang korang suka tapi aku cadangkan 4 orang aje dah cukup sebab nanti keliling papan akan menjadi sesak. Lantik seorang banker ataupun dalam kalangan 4 orang tu pun boleh menjadi banker.
First round tak boleh beli tanah. Jalan-jalan reki tempat dulu. Second round baru la meriah sikit sebab korang akan mula dengar kejap kejap perkataan BELI! BELI! GAJI! GAJI! ha ha memang menyeronokkan.
Thursday, January 15, 2009
Its easy
Tuesday, January 13, 2009
Aku dan perkataan "InsyaALlah"
Monday, January 12, 2009
Aku dan megi..
Ketika melewati kawasan kompleks perdanasiswa pagi tadi, aku terpandang sebuah gerai kecil yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk pekansiswa ala-ala kedai runcit dalam kampus tempat aku belajar. Bila aku amati betul-betul ternyata gerai tersebut mempromosi jenama baru mee segera. Patutla aku nampak ramai awek-awek yang merah mata, hingus meleleh dan berpeluh-di bawah payung tu sambil menjamah mee segera promosi yang diberikan secara percuma. he he..
Aku tak nafikan mee segera memang amat sinonim dengan dunia pelajar. Baik budak sekolah, mahasiswa, tak ketinggalan golongan bujang tran tang tang juga amat menggemari mee segera. Pendek kata, mee segera ni memang peneman sepanjang zaman.
Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu.. kalau ada happy time, jom malam ni masak megi. So pakat dengan kawan-kawan satu dorm masak air pastu bawak sorang sepeket megi kemudian kita combine megi tu dalam satu bekas besar. Aku pun tak pasti tapi aku pernah dengar ada kawan lelaki pernah masak megi dalam gayung atau baldi dan share ramai-ramai. Memang zaman persekolahan memang menyeronokkan dengan kehadiran megi ni.
Alam mahasiswa pun sama juga. Bukan tak ada kafeteria, cuma kadang-kadang teringin sangat nak makan megi. Apa lagi pakat2 dengan roomate malam ni kita masak megi. So agak-agak lepas study malam tu, masak megi sama-sama dan makan sambil bersembang gossip tentang macam-macam perkara dari mengutuk makcik dewan makan, sampai kan ke kisah politik semuanya dikongsi dengan hanya sebungkus megi.
Sekarang ni pun, walaupun dah bekerja.. kadang-kadang rasa macam sedap aje bila pergi kedai mamak order megi sup padahal kalau aku buat kat rumah lagi sedap rasanya boleh tambah sayur sawi, telur, tumis dengan bawang pastu taruk cili padi.. perghhh... rasanya memang kaw.. tapi awas jangan terlebih air nanti rasanya tawar.. Pastu jangan masak lama sangat nanti dia kembang dah tak baper nak sedap.. tapi mungkin sebab manja nak mamak jugak masakkan megi tu.. padahal rasanya kadang-kadang dah 'lari' dari rasa sebenar nikmat megi... he he..
Tapi semua orang tau mee segera tak baik untuk kesihatan. Alah kalau makan sebulan sekali apa salahnya..
Namun apa yang pasti... megi banyak menyimpan kenangan dalam hidup kita.. aku pasti setiap seorang dari kita mesti ada kenangan dengan megi ni.. betul tak?
Thursday, January 8, 2009
Malang Tidak Berbau..
Tuesday, January 6, 2009
Why shouldn't I?
I was talking to this guy Nantha while waiting for my class before it get started. I understand that he just finished his night shift working at an overseas company somewhere in Puchong. He started his work at 11 pm at night and he finished work at 7 am in the morning and straight away come to the campus to attend the class. He looks so fresh and you will never know that he just came back from this work. At the evening, he will be attending the same class as mine, Computer Network that starts at 6.00 pm and finish at 9.00 pm. I am very sure after the class he will start his work again at 11 pm.
FYI, Nantha, Mrs Kalai, Miss Gan and me are the only Malaysian in this class. The rest of the class are from different parts of the world.
.