Hati aku tergerak untuk menulis apa yang bermain di fikiran aku tatkala membaca entry http://mywanfai.wordpress.com/2008/12/15/ohhh-kuala-lumpur-sudah-jauh-meninggalkan-aku/. Mungkin cerita aku agak berbeza dengan apa yang ada dalam entry tersebut cuma sekadar meluahkan perasaan aku di sini.
Hampir 2 minggu yang lalu aku ke bank Islam Medan Mara menguruskan beberapa hal mengenai buku akaun aku yang dah dorman sebab bertahun tak diisi dengan RM. Selesai urusan di BIMB Medan Mara, aku lantas ke SOGO bersebelahan dengan Pertama Kompleks. Ala sebut aje Pertama Kompleks, semua orang yang sesebaya dengan aku pastinya tahu. Tempat yang selalunya menjadi hub pertemuan dengan kawan-kawan sekolah lama. Maklumla dekat dengan Jalan TAR, Semua House dsb. Mungkin remaja sekarang ni destinasinya Mid Valley, KLCC tapi bagi aku Pertama Kompleks adalah lokasi yang sangat istimewa.
Anyway, itu bukanlah cerita yang yang aku nak kongsi.
Selesai urusan aku di Bank Islam, aku melepak di Tingkat bawah bangunan SOGO sambil menunggu 2 rakan yang sedang asyik membeli belah hadiah perpisahan seorang rakan sepejabat aku yang akan ke US selepas krismas nanti. Seronok aku dengar dia nak pergi buat PhD. Selepas minum kopi O kurang manis dan menjamah 2 keping roti bakar, kami bersedia untuk pulang.
Semasa berjalan menuju askelator, mata aku tiba-tiba terpandang kelibat seorang manusia yang aku kenal. Tak berubah muka makcik ni. Dah lebih 7 tahun aku tak jumpa dia. "Makcik apa khabar?". Selepas beberapa saat dia merenung aku, dia lantas berkata.. ye makcik ingat... ni Wan, kawan Nong kan? haah.. Makcik sihat. Nong apa khabar makcik? Nong takdek... Nong dah pergi UK buat masters. Dah 2 minggu dia pergi dengan anak2 dan suami. Nong takdek bagitau ke?
Aku terdiam.
Kata-kata makcik yang aku masih ingat seorang ustazah itu aku dah tak berapa nak dengar. Terbayang aku muka kawan aku si Nong. Jauhnya kau dah meninggalkan aku. Aku dan Nong berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Selepas tingkatan 4, kami terpisah namun masih berhubung dan selalu bertemu. Pertama Kompleks lah selalunya tempat pertemuan kami. Selepas habis pengajian di Universiti, bebanan kerja dan keluarga mengurangkan pertemuan kami. Selepas anak pertama aku lahir, aku memang langsung tidak pernah bertemu Nong.
Kisah kedua..
Sewaktu hari sukan sekolah anak aku tahun lepas, aku bertemu dengan kawan lama aku sejak dari bangku sekolah rendah. Aku namakan Lila. Lila adalah kawan baik aku yang duduk bersebelahan dengan aku sejak aku darjah 4 namun kami terpisah apabila Lila ke MRSM Perlis. Selepas SPM, Lila ke Sheffield dan aku ke UM (Pandai jugak kawan-kawan aku nih sumernya pegi oversea he he).. Kali terakhir aku bertemu Lila adalah 5 tahun lalu sewaktu dia datang rumah terbuka aku hari raya. Selepas itu, kami terus tidak berhubung.
Ketika bertemu kembali dengan Lila, kami banyak berbicara mengenai kawan-kawan dan alam persekolahan dahulu. Apabila bercakap tentang kerja, kata Lila, aku baru start kerja balik. Dah 3 tahun aku ikut suami bekerja di India. yang kecik ni pun lahir di sana.
Aku terkedu.
Lamanya aku tak contact Lila sampai dia ke India 3 tahun pun aku tak tau. Apa la punya kawan.
Kepada Nong, kalau kau terbaca entry aku ni, contact la aku yer sebab aku rindu sangat dengan kawan-kawan lama. Alamat email aku ada kat sini.
Lila pun sama, kalau pergi India lagi, bagi tau aku ye. Sebabnya aku memang suka makanan India. he he..
Anyway, aku masih di sini..
No comments:
Post a Comment