Kenderaan sungguh banyak sewaktu aku menghantar Hannah ke sekolah pagi tadi. Semasa menunggu giliran untuk melalui simpang 3 menghala balik ke rumah, aku terlihat seorang budak perempuan, sangat comel bertocang dan berbaju kurung turun dari Proton Waja yang aku kira dipandu oleh samada ibu atau bapanya. Tiba-tiba aku terkejut melihat pintu kereta itu dihempas dengan sangat kuat dan tiba-tiba budak perempuan yang tadinya nampak macam kiut bagi aku menendang pintu kereta tersebut dan terus berlalu pergi. Sang kereta Waja terus meluncur laju meninggalkan kawasan simpang tersebut.
Berdasarkan pemikiran aku (pada masa tu la)... ada 2 kemungkinan:
1. Mungkin semalam si anak ada menyebut nak beli sesuatu di sekolah dan ibubapa nya bersetuju tiba-tiba pagi ni lain pulak ceritanya. Maklumla semalam balik kerja kan ke penat.. iye kan aje apa anak tu mintak.
2. Atau si anak nak balik awal harini dan minta ibubapanya datang lebih awal daripada biasa. Tapi macam biasa tuntutan tugas menyebabkan itu tidak mungkin berlaku.
Sampai kini aku masih terbayang tendangan itu. Nasib baik tak kemek..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment