Masih ingat lagi tak zaman kanak-kanak kita dulu? Pada masa tu mana ada playstation, gameboy, ipod, henfon game, internet jauh sekali. Aku ingat pada masa tu umur aku sekitar 8-9 tahun, aku dengan kawan-kawan selalu main teng teng, konda kondi, ataupun antara permainan yang best ialah SAIDINA. Mesti korang pernah dengar atau pernah main permainan ini. Mereka yang sezaman dengan aku pastinya tahu mengenai permainan ini. Tak payah diajar, cukup dengan memerhatikan sahaja kali pertama, lepas tu dah boleh terus main.
-
Masa bersilih ganti aku pun dah lupa permainan ini. Sampailah satu hari, kami bawa anak-anak ke Tesco Selayang. Anak aku, Hannah bertanya, 'mama, can we buy this game? I see a lot of my friends in school playing this game'. Wah tak sangka era Teknologi Maklumat ni permainan ini masih lagi relevan. 'But do you know how to play the game?' Aku bertanya. 'Dont worry mom. I know how to play the game'. Hannah menjawab pantas.
-
Sejak itu, kami sering bermain SAIDINA. Sampai aku letih sebabnya sekali main akan ambil masa berjam-jam. Pernah sekali, sampai jam 2.30 pagi kami berempat mengadap game ini tak boleh berhenti sebab ianya semakin lama semakin suspen. Semakin banyak tanah + rumah + hotel, semakin meriah dan selalu kedengaran perkataan BAYAR! BAYAR! he he.. Siapa yang dapat duit seronokla... siapa yang kena bayar, sure bengang..
Ha.. kalau korang dah lupa cara main game ini, mari kita imbas kembali serba sedikit kenangan permainan saidina nih..
Saidina boleh dimainkan dengan menset had masa permainan. Bila masa tamat, siapa yang paling banyak nilai harta dan duit akan dikira pemenang dan pemenang ini digelar SAIDINA.
Saidina juga boleh dimainkan seberapa lama yang korang suka sehingga semua orang menjadi papa kedana jual harta semua dan meninggalkan seorang pemenang (SAIDINA). Tapi awas kerana orang yang kaya di awal permainan mempunyai posibiliti untuk menjadi muflis towards the end.
Permainan ini boleh dimainkan seminimum 2 orang sehingga seberapa ramai yang korang suka tapi aku cadangkan 4 orang aje dah cukup sebab nanti keliling papan akan menjadi sesak. Lantik seorang banker ataupun dalam kalangan 4 orang tu pun boleh menjadi banker.
Semua pemain yang perlu melontar buah dadu. Siapa yang skor paling tinggi dia akan jalan dulu. Tapi rules ni tak boleh pakai kat rumah aku sebabnya selalu anak aku nak ayah jalan dulu diikuti dengan hiraki mama, Hannah dan last sekali Zeqah.
First round tak boleh beli tanah. Jalan-jalan reki tempat dulu. Second round baru la meriah sikit sebab korang akan mula dengar kejap kejap perkataan BELI! BELI! GAJI! GAJI! ha ha memang menyeronokkan.
Dah beli tanah, kalau berikutnya kita berpeluang singgah di tanah tersebut, barulah kita boleh beli rumah. Bilangan rumah terpulang. Cukup 4 rumah, kalau kita sampai sekali lagi di tanah kita, boleh buat hotel pulak.
Kalau kena masuk penjara, bayar RM500 baru boleh keluar. Setiap kali masuk pusingan baru akan dapat gaji RM1400. Memang gaji ni sangat perlu terutamanya kalau asyik singgah kawasan merbahaya dan kena bayar sewa. Tapi awas, kalau kena cukai, automatik gaji akan dipotong he he he..
Kalau sesak2, harta kita boleh dilelong kepada bank dengan separuh harga asal yang kita beli. Jadi pemain lain yang lebih kaya boleh beli dengan prosedur yang sama.
Pantang dalam permainan ini ialah, HUTANG tidak dibenarkan sama sekali! Kalau tak mampu bayar, harta semua perlu dilelong bagi melangsaikan hutang. Apa yang lebih penting ialah strategi kena betul. Dan jangan tamak.
Apa yang penting ialah semangat kekitaan. Gelak ketawa sentiasa menghiasi permainan ini. Tapi kadang-kadang aku emos jugak sebab rumah atau tanah aku takdek sesapa yang singgah tapi asyik aku aje yang memanjang kena bayar sewa. Bayangkanlah kalau kena hotel kat KL, sekali hit RM12,900 tak terduduk dibuatnya. Kalau kena KEPUTUSAN yang baik, syoklah sikit.
Anyway, aku nampak positifnya permainan ini ialah anak aku yang kecik tu dah pandai mengira untuk bagi amaun duit yang betul dan pulangkan baki yang tepat apabila perlu.
Namun begitu, sampai satu peringkat aku terpaksa buat undang-undang. Permainan ini hanya boleh dimainkan pada hari Ahad sahaja. Bukannya apa.. letih aku..
2 comments:
aku dah lupa permainan ni... tak sama ke dengan monopoly??
macam mane nk bahagikan duit??da ilangkan rules dye.. :(
Post a Comment