Tuesday, January 13, 2009

Aku dan perkataan "InsyaALlah"



Seringkali kita mendengar orang di sekeliling kita suka menyebut perkataan InsyaALlah. Terutamanya orang Melayu. InsyaALlah bermaksud 'dengan izin Allah'. Maknanya apa sahaja yang kita rancang atau janji hanya akan berlaku dengan keizinan Allah. Dan bila kita berjanji, kita nak buat sesuatu, kita kata InsyaALlah. Misal kata, kalau kita janji nak balik kampung, (memang kita merancang nak balik) kita kata InsyaALlah. Seandainya pada hari yang dijanjikan berlaku banjir atau ribut taufan maka kita tak dapat balik kampung.



Aku pernah diminta tolong membuat sesuatu oleh seorang rakan, dan aku katakan InsyaALlah. Dia terus kata pada aku 'saya taknak dengar perkataan InsyaALlah, saya nak awak serius'. Aku katakan lagi bahawa aku memang serius tapi dia tak percaya. Sebab katanya orang Melayu kalau kata InsyaALlah, selalunya mereka tak akan buat. Aku memang susah nak salahkan dia, sebab mungkin dia selalu terkena yang menyebabkan dia berfikir sebegitu. Penyalahgunaan perkataan InsyaALlah terlalu berleluasa dalam masyarakat kita hinggakan sampai satu peringkat orang susah nak percaya cakap kita. Memang aku akui ada segelintir orang melayu (aku tak kata semua) yang suka menggunakan perkataan InsyaAllah untuk melapik kata-kata, menjaga air muka, atau apa-apa yang tak sepatutnya.

Anyway, I was sitting beside a Sudan guy during the DBMS class this morning. What interest me was.. in every of his statement, he will end it by saying "InsyaALlah". For instance,

I will send an email to you about the assignment, InsyaALah.

I will see you this evening InsyaALlah.

I will check if the class in ON and I will send message to you InsyaALlah.

Well... that goes the difference between Malay and Arab people..


Wallahu aklam.

No comments: