Friday, January 30, 2009

"owh.. takper... saya taknak emcee"


Sedari malam tadi tekak aku rasa tak selesa. Kepala aku rasa pening dan hidung aku pun rasa agak sesak.
sah.. aku nak demam.
Alamak camana ni.. assignment aku nak kena upload sebelum Selasa ni. Esok dah weekend jangan haraplah aku ada peluang nak sentuh barang-barang ademik dan ilmiah aku nih. Nak tak nak apa lagi.. telan kopi kacip Fatimah la jawabnya.. supaya mata aku boleh bukak seluas2nya selepas makan ubat. Itu ajelah penyelesaiannya. Masa aku kat Jepun dulu, hari yang ada lekce, mesti pagi tu aku akan minum secawan kopi kacip Fatimah ni. Bukannya apa, orang Jepun ni kalau cakap mana ada ton suara tinggi rendah.. senada aje.. Tapi kalau hari yang ada lab work oklah..banyak movement.. sebab tu classmate aku semua heran camana mata aku boleh segar bertahan mendengar lekce Jepun yang membosankan tu.. hu hu.. rahsianya kacip Fatimah.. ha ha..

Masa aku keje, Alhamdulillah aku jarang demam. Pernah sekali aku demam 2 hari tak bangun terus 4 hari aku emcee. Boss aku pun tak boleh kata apa sebabnya bila dia call dan dengar suara aku yang serak ala-ala penyanyi 'what a wonderful world' tu.. terus dia cakap.. "takpelah ye.. you rehat ajelah..'' Nanti I mintak si polan si polan follow up kerja-kerja you."

Tapi sekarang ni aku belajar. Aku cukup takut kalau sakit masa belajar. Masakan tidak. Kalau sakit demam sampai takleh attend kelas, takleh pergi lab, takleh buat tutorial, takleh nak carik bahan untuk buat asainmen, si polan-si polan mana pulak la yang nak cover untuk aku. Lagi teruk tak boleh nak study. Lu pikirla sendiri.

So pagi tadi aku ke klinik Dahlia. Selepas berjumpa doktor, aku pun lepak sambil menunggu ubat yang akan diberikan sambil membelek-belek surat khabar hari ini. Tiba-tiba nama aku dipanggil. wah cepatnya dah dapat ubat. Efisyen betul klinik ni.

"Akak ada emcee ke untuk hari ni?" Tanya staff kat kaunter tu.

"Tak ada".

Oh.. akak nak emcee ke harini?

"Takpe.. taknak." Jawab aku sambil menggelengkan kepala.

"Bukannya apa.. Dr tanya, akak nak emcee ke tak untuk harini?"

"owh.. takper... saya taknak emcee." balas aku sambil tersenyum.

Balik dari klinik aku terus telan ubat, masak sup untuk Hannah (kalau aku ada kat rumah, anak aku memang tak kan makan masakan bibik), bancuh kacip fatimah, terus duduk depan pc nak siapkan assainmen. Aku mesti siapkan harini.

"owh.. takper... saya taknak emcee." sampai sekarang ni aku masih tersenyum..

2 comments:

Anonymous said...

Mmmm. minum kacip fatimah tu setahu aku bukan sekadar untuk berjaga mata..tapi jugak untuk berjaga-jaga...hu..hu..

Shima said...

cik wafa..

Semalam aku dah tersengguk masa lekce. Menyesal rasanya tak pekena kacip fatimah dulu..

Mai secawan!!