Tuesday, January 20, 2009
Ini betul-betul bukan cobaan!
Ketika sedang bersantai-santai sambil menunggu kelas bermula pagi tadi, aku terdengar perbualan sekumpulan kecil berhampiran dengan tempat aku duduk. Pada mulanya aku tak berapa nak endah apa yang diperkatakan tapi lama kelamaan suara masing-masing semakin kuat nak tak nak terpaksa la aku dengar.
"Aku tak akan maafkan dia". kata A.
Errkk... apa tu? Bisik aku dalam hati.
"Yelah tak patut dia buat macam tu. Aku pun tak akan maafkan dia." sambung B.
"Aku study macam nak mampus buat asaimen tapi dia bagi aku C je". Aku memang tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Memang aku sumpah dia tu." Ulang A semula.
Fahamlah aku apa topik yang dibualkan mereka ini. Melihatkan kepada gaya mereka, semuanya dah besar panjang, bukannya budak-budak lagi tapi sanggup mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengar apatah lagi kepada insan yang aku kira "GURU" mereka.
Entahlah aku bukannya pandai sangat nak bagi nasihat. Sebabnya akupun bukanlah insan yang sempurna. Apabila mendengar perbualan mereka, fikiran aku secara automatis melayang flashback pengalaman aku sendiri kira-kira 10 tahun yang lalu..
Aku taknaklah memandai-mandai. Memandangkan aku tak dapat nak bagi nasihat pada mereka on the spot, aku nak kongsi kisah benar yang aku alami sendiri (ini betul-betul bukan cobaan) supaya menjadi iktibar kepada semua samada korang masih belajar atau dah habis belajar kalau tak pun ambil aje sebagai panduan.
Kisah berlaku semasa aku berada di tahun akhir pengajian aku. Ada satu subjek aku masih ingat lagi iaitu PNG. Pensyarahnya mengajar macam dunia ni dia yang punya maklumlah pemegang gelaran professorla katakan. Aku namakan dia Prof C. Nak jadikan cerita, pada suatu hari, selepas kuliah, aku telah turun ke hadapan untuk bertanyakan soalan kepada beliau. namun jawapan Prof C amat ringkas dan pendek. "you baca sajalah". Aku terangkan kepada dia yang aku tak faham satu perenggan yang dia sebut tadi masa kuliah tapi dia ulang "you baca sajalah". Dengan anggapan bahawa dia mungkin sibuk dan mengejar masa aku menjawab, "never mind Professor its ok."
Walaubagaimanapun, hati aku tiba-tiba menjadi sakit apabila aku melihat Prof C melayan pelajar selepas aku ini dengan penuh mesra siap cakap dalam bahasa ibunda dia lagi. Dengan penuh aksi kaki tangan semua Prof C ni terangkan kepada pelajar yang sebangsa dengannya. Aku berasa sangat kecewa. Aku cuba tahan perasaan aku dan aku pasrah bahawa inilah dugaan yang harus aku tempuhi belajar di sini. Aku tidak mencarut atau memaki, cuma aku merasa hampa dan sakit hati.
Masa terus berlalu dan peperiksaan akhir kertas PNG pun tiba. Aku bersedia bagai nak rak study pulun (aku memang poyo sikit) namun sakit hati aku masih belum padam. Memang aku target untuk score paper ni walaupun Prof C bolayan masa aku tanya soklan tempohari. Akan aku buktikan bahawa aku pun mampu berjaya.
Setelah masuk ke Bangunan Peperiksaan, apabila diumumkan "anda boleh mula menulis sekarang", aku menyelak kertas soalan, aku sangat gembira kerana sekali imbas hampir kesemua soalan yang ada tersenarai di situ aku berkeyakinan aku mampu menyelesaikannya.
Namun masalah timbul apabila aku mahu mula menulis. Aku masih ingat kami perlu menjawab 5 daripada 7 soalan dalam masa 2 jam setengah. Nombor soalan telah aku pilih namun tangan aku menggigil untuk mula menulis jawapan. Tiba-tiba pandangan aku menjadi kelam. Aku rasa pening dan nak pitam. Badan aku mula berpeluh-peluh. Aku Blank!!! Aku cuba lagi untuk menulis. Tapi fikiran aku kosong. Tiada apa yang hendak ditulis.
Aku terus tersandar. Aku menoleh di kiri dan kanan aku semuanya khusyuk menulis.
Habisla aku kali ni..
Masa terus berlalu. Selepas 5 minit aku masih lagi tersandar di kerusi itu tanpa berbuat apa-apa. Badan aku terasa semakin panas. Aku rasa macam nak angkat tangan order air kopi. Tapi aku rasa cam segan pulak. ok. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kenapa dengan aku ni? Apa aku nak buat? Aku memang tak tau nak tulis apa.
Its ok. Kalau selepas 5 minit lagi aku masih berterusan begini, aku akan menyerah diri keluar dari dewan peperiksaan. Tak guna pun aku tunggu.
Aku mula menggoyangkan kaki aku. Kedua tapak tangan aku tekupkan ke pipi. Apa yang aku dah buat silap kali ni. Pastinya ada yang aku tersilap. Salah makan? Tak mungkin. Salah tidur? Tak mungkin juga. Nak buang air? Rasanya dah habis semua aku buang tadi.
Tiba-tiba aku ternampak bayangan muka Prof C di fikiran aku. Thats it! Aku tau.. Aku jadi macam ni semua sebab aku rasa marah dan sakit hati pada Prof C. Ya Allah! Begitu cepat balasan Kau kepada aku... Aku merasa sangat menyesal. Pastinya sebab aku sakit hati pada Prof C menyebabkan Allah tarik semua ilmu yang aku belajar dari dia. Astagfirullahulazim! Memang aku tak patut marahkan guru aku sendiri. Walaupun dia tidak sebangsa dengan aku, namun dia tetap guru aku. Sedar tak sedar aku rasa mata aku panas berair. Aku sedih dan rasa bersalah pada Allah, pada Prof C dan pada diri aku sendiri.
Tiba-tiba aku rasa kembali tenang. Aku cuba mengangkat pen kembali dan Alhamdulillah semuanya menjadi stabil semula. Alhamdulillah, aku terus menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam kertas putih itu.
Selepas selesai peperiksaan, aku ditegur oleh rakan baik aku, Yati.
Yati bertanya, "eh kenapa aku nampak tadi kau pucat aje masa exam? "
"Aku blank la... tensen aku" jawab aku sambil menitiskan air mata. "Habisla aku kali ini." Kau hantar berapa helai jawapan?"
"Aku hantar 9 helai" jawab Yati.
"9 helai?". Mendengar jawapan Yati, aku terdiam.
"Ko pulak hantar berapa helai?"
"errr... Aku hantar 17 helai".
"Aik kata blank.. apasal sampai 17 helai?" soal Yati.
"Mungkin tulisan aku besar kot." Jawab aku pantas.
Moral of the story is..
Janganlah sesekali kita menyimpan dendam apatah lagi mengutuk atau mengata guru kita tak kira dia tu siapa.
Allah Maha Berkuasa. DIA akan bayar CASH!! Cuma masanya sahaja tak tahu bila.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
seronok baca blog wan ni....teringat masa muda2 kat UM dulu...hahahaha
habis tu?? berapa result paper tu??
wakcantuk-kalau nak cerita pengalaman masa muda kat UM memang banyak.. yang tawar sama banyak dengan yang manis.. apa yang penting pengalaman..
mywanfai-nanti kalau aku display result tu kat sini korang jeles pulak..
Anyway, kalau aku tak score, takdek la aku masukkan dialog yang akhir tu..
Post a Comment