Kami bertolak hari Ahad tengahari. Sengaja kami makan yang ringan-ringan untuk mengalas perut kerana aku memang teringin sangat nak pekena asam pedas Melaka. Kali terakhir aku makan asam pedas di sini pada tahun 2006 pada masa tu kami ada outstation meeting, dan rakan aku Fatimah membawa kami ke satu kedai di Batu Berendam. Sedapnya tak terkira.. Asam pedas Melaka ni kalau mengikut rakan aku ni, cara masakannya berlainan dengan asam pedas biasa. Belacan tak dek. Daun limau purut atau daun kesom adalah optional. Masa tu aku makan asam pedas daging tetel. ummm memang sedap..
Sesampai kami di Melaka, selepas check in di hotel, kami tak tunggu. Terus pusing-pusing carik kedai Asam Pedas 35. Rakan aku yang sorang ni pun ada rekomen kalau nak makan asam pedas yang sedap, pergi restoran ni. Tapi aku frust sangat sebab sesampai kami di sana, tuan punya kedai dah berkemas.. dah habis dik... Tapi nak makan asam pedas punya pasal, kami ke Restoran Sajian Kampung Asam Pedas Mah yang terletak sebaris dengan restoran 35. Kami makan berempat, asam pedas daging tetel, asam pedas tenggiri, hati masak kicap, sayur goreng dan keli goreng. Wah memang sedap... Terasa asamnya.. dan dia letak daun limau purut.. rasanya... pergghhh... kaw habis... sedapnya sampai aku terlupa nak ambil gambar makanan tu semua. Semua sekali termasuk minum RM45. Kira oklah bagi aku... Kenyangnya sampai ke malam.
Hari kedua kami pekena seafood di Ikan Bakar Ala Kassim.. di Crystal Bay. Aku masih ingat lagi jalan ke Crystal Bay sebab berhampiran dengan sekolah aku dulu SMKA Sarifah Rodziah (ala kalau budak Melaka tak kenal sekolah ni sajer aje la.. sekolah famous amos atas bukit tu).. Terkejut anak2 aku sebab orang punya la ramaiii... sejam aku tunggu baru makanan datang. Itupun bukan semua yang aku order sampai. Hannah dah bersungut2 nak balik. Aku malas la nak komplen pasal servis dia, bagi aku servis restoran paling power sekali kat KL la... Luar KL ni kena redha ajela... Air minum toksah cakapla... Aku risau anak aku tercekik aje so kami belikan air tin soya padahal aku order milo ais je.. sejam setengah baru sampai.. Kami makan sotong goreng tepung, udang butter dan ketam cili.. nasik lemak dia sedap giler... Itupun hubby aku pergi dapur dia mintak sendiri nasik lemak tu kalau tak, tak taula pukul berapa nak makan.
Anyway, walaupun lambat sampai makanan tu, tapi masakannya memang sedap. No wonderla ramai orang. Semua sekali RM63. Murah dan sedap.. ketam dia pun fresh... Tapi sebab aku dah tensen makanan lambat sampai, so bila makanan sampai kami tak tunggu. So maknanya takdek la gambar untuk tatapan korang sumer.
Hari terakhir sebelum balik, kami sekali lagi ke restoran 35. Kata kawan aku, asam pedas sini sedap. So kitorang pun pergi la... Orang memang ramai. Meja takdek yang kosong. Pengunjung tak putus-putus. Kami order asam pedas jenahak, asam pedas pari, kerabu mangga, ikan masin dan sup ayam untuk anak aku. Termasuk minum semua sekali RM47. Siap tapau lagi jenahak 2 ketul.. ha ha.. Bezanya dengan Asam Pedas Mah ialah dia masak guna daun kesom. Anyway rasa memang sedap. Aku konfem takdek MSG. pergghh... Masam, masin dan pedasnya cukup ngam. Daging ikannya pun lembut...
Sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL, kami singgah di Asam Pedas Mah, beli asam pedas daging tetel dan asam pedas terubuk buat bekalan balik. wah... 2 jenis asam pedas lauk kami malam ni...
Bukannya apa.. kata orang yang pandai masak, asam pedas ni.. lagi lama kita simpan dia lagi sedap... hu hu...
emmm...
4 comments:
alamak aku yg tak makan asam pedas ni pun dah terliur ni
mywanfai..
Minggu ni aku makan asam pedas ajelah.. cukup stok 3 hari.. jenahak? terubuk? tetel? pergghh.. asam pedas dia memang power..
Mmmm... ada gak makan asam pedas ngan laksa kuala... aku cuti ni makan masak lomak yo lah...
wafa..
masak lomak memang sodap.. kalau makan free lagi sodap.. untung dapek makan free.. den asam pedas kena bayor.. laksa kuala pun mano ado percumo..
Post a Comment