Cerita ini disampaikan kepada aku oleh seorang bekas guru kira-kira lima belas tahun yang lalu. Mungkin versinya agak berbeza dengan versi sebenar aku tak pasti. Sekiranya versi ini berbeza dari cerita sebenar, aku mohon maaf kerana ianya sudah terlalu lama, dan aku pun dah lupa butirannya. Tapi kerangka dan pengajaran cerita ini pastinya aku takkan lupa dan sentiasa menjadi panduan kepada aku.
Dialog ini berlaku dalam sebuah kelas tahun 4 yang mana rata-rata murid-muridnya berumur sekitar 10 tahun. Guru ini bertanya mengenai cita-cita masing-masing kepada setiap seorang murid di dalam kelasnya pada suatu hari. Murid-murid juga perlu menerangkan kenapa mereka mempunyai cita-cita sedemikian.
Bila besar nanti kamu nak jadi apa?
Saya ingin menjadi seorang taukeh kilang gula. Taukeh kilang gula kaya. Ada banyak duit boleh beli kereta besar.
Setelah disoal, terdapat sebuah kilang memproses gula di belakang kawasan perumahan murid ini tinggal. Bapanya bekerja di kilang gula tersebut. Taukehnya selalu kelihatan berulang-alik dengan menaiki pelbagai jenis kereta mewah melewati kawasan rumah murid ini.
Apa cita-cita kamu?
Saya nak jadi seorang juruterbang. Sebab saya dapat pergi jalan-jalan serata dunia. Boleh beli macam-macam surveniour.
Ibu murid ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah Lapangan terbang.
Apa cita-cita kamu nanti apabila dewasa?
Saya ingin pastikan ekonomi negara dikuasai dan didominasi oleh orang-orang Melayu Islam yang berjaya.
Apa pekerjaan bapa kamu?
Menteri Pertanian Malaysia.
--- @ ---
Kita selalu bertanya kepada kanak-kanak, “bila besar nanti nak jadi apa?”. Kanak-kanak yang masih putih bersih ini akan memberikan macam-macam jawapan. Dan lazimnya, jawapan yang diberi oleh kanak-kanak ini akan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan pengaruh ibubapa yang dilihat sehari-hari oleh mereka. Kanak-kanak ini sendiri tidak faham apa yang dikatakannya. Namun begitu, persekitaran seharian anak-anak ini akan secara tidak lansung menanam satu sikap dalam diri mereka untuk merancang masa depan mereka. Aku masa kecil dulu pun pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi kerana aku melihat seronok dan glemernya menjadi penyanyi apabila penonton bertepuk tangan selepas membuat persembahan dan berpakaian cantik apabila muncul di kaca TV.
Kebanyakan ibubapa mengimpikan anak-anak mereka mempunyai cita-cita yang besar. Maka berlumba-lumbalah kita menanamkan semangat pada anak-anak kita, agar bila besar nanti anak kita tersebut akan menjadi majistret, engineer, doktor, lawyer, akauntan dsb. Maka anak-anak ini akan dikerah untuk menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. Kena pergi tusyen, kelas tambahan, tak boleh menonton TV, semata-mata nak pastikan anak kita cemerlang dalam peperiksaan, berjaya masuk Universiti dan mencapai impian KITA sebagai ibubapa.
Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah dipaksa oleh sesiapapun dalam mencapai cita-cita aku. Mak dan Abah tidak pernah memaksa kami adik beradik membaca buku tanpa henti dan belajar siang malam, paksa aku pergi kelas tusyen dsb. Namun, kebebasan ini tidak pernah aku jadikan sebagai satu tiket untuk malas belajar. Alhamdulillah, aku dan adik-adik belajar dalam suasana yang kondusif tanpa ada paksaan dari mak mahupun abah yang mahukan kami mencapai cita-cita mereka. We made our own decisions’. Terima kasih mak dan abah yang sentiasa membimbing, menasihati dan menyokong kami walau apapun keputusan kami.
Hakikatnya, sebagai ibubapa, kita harus ingat, (peringatan paling penting kepada diri aku sendiri), meletak harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak kita bukan setakat hanya untuk meningkatkan motivasi mereka, tapi secara tidak sedar mungkin akan membunuh semangat mereka.. kerana mungkin mereka ada impian mereka sendiri..yang ingin mereka capai.. mungkin bukan lawyer, bukan engineer dan bukan doktor.
Hazeqah kalau ditanya, nak jadi cook sebab suka main Diner Dash Yahoo Game. Dia suruh mama masak, dia take orders dan kakak serves. Aku iyerkan aje sebab aku tau.. masa akan berlalu dan cita-cita mereka.. mengikut apa yang mereka faham pada peringkat usia mereka. Kita bimbing dan doakan kejayaan mereka. Biarkan kematangan dan waktu yang akan mengajar mereka.
p.s. Entry ini aku tulis atas keinsafan aku selepas membaca entry http://milynshoppe.blogspot.com/2009/03/aku-yang-kau-pilih.html.
p.s. Entry ini aku tulis atas keinsafan aku selepas membaca entry http://milynshoppe.blogspot.com/2009/03/aku-yang-kau-pilih.html.
Juga terkenang aku kisah seorang adik aku yang dah berjaya menjadi PTD. Aku sememangnya bangga.
Tahniah kepada mak dan abah, kerana insyaALlah, pada penghujung tahun ini, kesemua anak-anakmu (seramai 7 orang) masing-masing bergelar graduan.
Dan.. kami tidak pernah dipaksa untuk sampai ke tahap ini..
11 comments:
ya...saya tak pernah sekali pun dipaksa untuk membaca buku...tak pernah sekali pun di kerah duduk dalam bilik mengulangkaji pelajaran....hehe....tapi saya sedar hakikat ilmu itu penting dlm kehidupan.....semuanya itu atas didikan mak dan abah....dan juga kehendak diri individu itu sendiri....mak dan abah juga tak pernah halang apa saja cita-cita saya..hehe...thanx mak dan abah...(^_^)
Betul tu.. mak abah x pernah paksa kita belajar.. kerja sekolah pun x pernah check.. tapi kita memang buat kerja sekolah la.. tapi alhamdulillah kita tahu menggunakan masa dengan sebaik mungkin..
Permata Nusantara..
Teringat kisah kembar menangis carik buku homwek sekolah cine. Jenuhla aku dengan tok masa tu memunggah satu rumah mak carik buku si kembar. Bila dah jumpa rupanya buku tu memang ada jer kat rak kembar.. Ade ke depa suh aku dengan tok yang hampeh taktau baca cine ni carik buku dalam tulisan cine?
wafa..
Agaknya masa zaman kita dulu homwek memang tak banyak tak sebab tu mak abah tak pantau pun no hal..Tapi tengok anak aku skang ni buat homwek cine punyalah banyak. Terpaksa la online dengan lauser kat Penang hu hu..
p.s. Dulu mana ada citer Ben 10, Hannah Montana, Maria Mesedis, citer SpaQ ke.. Sebab tu lah agaknya kita tak tengok TV hu hu..
hehe... sampai nak buat bisnes pun mak abah tak penah halang... huhu...~
ye..mak abahmemang x penah paksa kita nk wat macam2..tapi mak abah yang ikut kite..sampai abah pun wat blog sebab nk up to date cm anak2...lalala..
myzira..
bisnes pun bisnes jugak..Mak dengan abah tak halang.. Study penting juga.. yang penting lulus cemerlang dan menjadi tice yang R-chif.
Educator_2009..
memangla buat blog nak upto date.. tapi kalau adablog tapi tak reti-reti nak updet ape ke hei nya.. Bila nak update blog ko daa..letih aku asyik citer visit my new brand blog aje.. Cepatnya ko masuk internet bari tadik 15 minit aku lalu depan umah mak nampak kete vios. hu hu..
sila lah mengunjungi blog saya.. http://kisahsebuahpengembaraan.blogspot.com
hahaha... bisnes tak laman lagi bakal kencang semula.. almaklumlah dah nak habis blajo... jadi pembeli2 setia sila sediakan wang tambahan khas untuk shopping tudung.. huhu~
p/s - aku pun dah tak larat nak tgok 'my new brand blog..' huhuhu~
cik ptd..
Bangganya aku menjadi pengkomen pertama di blog tu. Tahniah. Semoga bakal menyaingi blog2 yang dah establish seperti permata nusantara dan penulis resah. Rasanya tak lama lagi milynshoppe pun akan memberikan saingan.
myzira,
Bisnes kena kencang supaya esok nak kawin ada duit..hu hu..
Kak shima,
ni tengah menabung lah nie.. sudi2lah menjadi penyumbang dengan menyokong bisnes zirabukhara... heeeeee~
shima,
terima kasih ye kerana menjadi org pertama yg komen dlm blog "kembara Duniaku".. tp dlm2 dok kata org hangat2 jgn sgt smpai bersarang tue, blog nie pun nmpknya akan mengikut jejak.. silalah update ye.. huhu
Post a Comment