Dah dua hari aku melepak. Mentang-mentangla ada gap 4 hari exam aku nih. Nanti Isnin aku ada last paper. Harini aku memang plan nak bangun awal. Yelah selalu kalau exam atau kelas aku akan bangun pukul 5.30 pagi kalau tak exam aku bangun 6.30 pagi. So pagi tadi aku bangun pukul 6.00.
Sebenarnya bukanlah aku sesuka hati nak melepak dan membuang masa walaupun aku ada gap yang agak panjang. Sebenarnya tangan kanan aku ni sakit. Dah 2 hari dah. Aku ingat sebab aku makan kambing seciput kat Al-Rawsha haritu. Rupanya bila aku kaji balik, sebab dah 2 hari berselang aku terpaksa menulis dengan cepat. Yelah, sekarang ni kan ke musim final exam. Jadi speed penulisan tangan aku perlulah dinaikkan ke tahap acceleration. Maklum sajalah, bila dalam kelas, belajar lecture notes downlod dari LMS, buat asainmen semuanya bertaip, hantar email, update blog sumernya main tekan aje. Sesekali kena menulis berbelas2 mukasurat dalam masa 2 jam mau tak naik otot2 sasa tangan aku nih. Kalau 2 tahun aku praktikkan, mau berketul2 lengan aku lepas nih..
So, untuk menghilangkan kebosanan aku (kemalasan sebenonya), semalam aku ajaklah anak buah aku cikenit dua orang datang sini. Saje jer masa mak bapak diorang pi outstation ajelah aku boleh curik diorang ni (tapi aku dah bagitau mak dia sebelum tu yer). Seronok jugak sekali sekala rumah aku ni ada ramai kanak2 (peringatan : ramai kanak2 bukan bermaksud ramai anak). Anak aku pun hepi la ada kawan main2 sampai eimran taknak balik hu hu..
Nak jadi cerita, pagi ni aku bangun, tangan aku masih lagi sakit. Tak ada tanda-tanda penyembuhan akan berlaku. Alamak camana nih? Teringat aku kepada krim FLANIL dalam lemari aku. So apa lagi, habis satu lengan aku sapu. Lepas satu minit... dia punya aura rasa cam kebakaran lengan aku nih.. Tapi.. memang power.. lepas setengah jam, Alhamdulillah sakit aku mula berkurangan .. sebab tulah aku boleh kembali beraksi mengapdet blog nih.. he he.. Time kasihla cek abang aku ingatkan aku pasal krim FLANIL nih. Memang power! (Patutla masa aku dalam pantang dulu mak suruh sapu minyak misai kat kaki supaya cepat hilang sengal2.. time kasih mak..)
So, apa lagi.. tangan dah sikit ok, sarapan dah sudah, gaji dah masuk, so bil2 dah bayar online.. ummm hah.. apa lagi.. baca lah buku.. hu hu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
comelnya jiqah... tapi nyanyi lagu apa tu??
Post a Comment