Monday, March 30, 2009

takpela.. mama janganla sedih..


Pada hari minggu yang lalu, aku memang tidak kemana-mana. Hanya ke Jusco Wangsa Maju membeli barang-barang stok keperluan rumah yang dah susut. Maid aku dah siapkan list yang hendak dibeli, apa lagi, siapkan ajelah duitnya. Kebetulan weekend ni setiap hari hujan. So adalah alasan aku untuk menyiapkan assignment database aku kat rumah. Bukannya apa, presentation hari Selasa ni, so kalau tak siap, memang sah-sah kantoi 20% aku. Bukannya boleh copy and paste, system tu nak kena develop, nak kena test dan nak kena run report. So, weekend ni memang aku agak al-kelam wal-kabut.


Tapi mesti korang tak caya, cara aku nak merelease tension aku ialah dengan memasak. ha ha.. sebabnya kalau hari weekdays, selalunya aku ada kelas sampai kol 9 malam. Sampai umah dah kol 10, nak masak amendanya. Alhamdulillah suami aku memahami. So, kekadang lepas aku balik kelas, dia akan bawak kitorang pegi pot kat mamak Taqwa Sri Gombak tu. Itu memang la tempat pot semenjak dia bujang. Sampai skang ni dah ada anak 2 dah besar2 anak aku pun kitorang pegi situ jugak. Sebab santai aje tempat dia. So, weekend ajelah aku melepas gian nak memasak.


Anyway, bukan itu yang aku nak cerita.


Aku nak citer pasal kesibukan aku ni sampai anak aku yang kecik pun perasan. Bila dia tengok aku macam huru hara aje, dia akan tanya,


Mama, why you look like so sedih?


Mama ada banyak kerja la baby. Sebab tu mama sedih.


Hai.. ada banyak kerja pun sedih?


Yelah.. Sebab mama tak tau bila nak siap. Sebab tu la mama sedih sebab tak dapat main-main dengan baby.


Takpe la. Mama janganla sedih. Ni, cuba mama tengok ni, Zeqah pun ada banyak kerja. Tengok ni Homework Cina Zeqah pun belum siap. Nanti Zeqah temanla mama. Katanya sambil menyelak buku Mandarinnya dan menunjukkan kepada aku.


Nanti baby tidur lewat.


Tak apa la. Kalau Zeqah nak tidur nanti Zeqah cakapla dengan mama. Sekarang ni mama buat la kerja mama dulu.


emmm.. kesiannya anak aku. Ada ke patut dia yang pujuk aku?? Masalahnya homework Cina tu aku manalah tau nak tolong. Selalunya kalau ada problem, dia akan mintak aku call maksu kat Penang, online kat YM. So, dia akan tunjukkan maksu soklan tu, dan maksu akan guide dia untuk buat soklan tu secara remote.


Untung ada teknologi. Nampaknya anak aku lagi gedeban. Study pun secara online. Siap pakai VoIP lagi.


Hai.. cepat-cepatla habis assignment. Aku nak study untuk exam pulak.

2 comments:

Permata Nusantara said...

hebat betul zeqah...if mmg nk belajar...ada kesungguhan...mesti boleh dapat jawab keje skolah mandarin tu...(teringat plak isu ppsmi kt blog sorang blogger tertak anisma..ngeh3)

p/s: wah maksu zira bukn stakat wat tuition kt skola...tp secara online ya...ingtkn tudung je online...haha

Shima said...

cik permata..
Zeqah selalu kantoi dengan cikgu dia sebab tak buat homework Cina. Cikgu dia kata dia malas nak buat kerja-kerja remeh seperti menyalin dsb. Tapi Miss Chong QDees Selayang kata Zeqah pandai Cina. Sayang kalau tak masukkan sekolah Cina.
p.s. Bukannya aku taknak masukkan sekolah Cina. Masalahnya nanti kalau ada problem kat mana aku nak carik solutionnya? Maksu Zira ajelah solution setakat ni. Itupun sejak maksu Zira sibuk meniaga tudung ni susahla sikit. Kalau Mak Cik Permata wat tusyen takut nanti jadik sasterawan ulung.. Hai pening mama