Aku sebenarnya tak faham mengapa Berita Utama RTM perlu kembali jam 8 malam? Masa mula-mula Pak Menterinya tukar ke pukul 9, aku adalah jugak macam tak berapa setuju. Mungkin sebab aku dah biasa dengan slogan waktu perdana jam 8 malam. Tapi bila aku kaji balik, aku balik kampung, aku tengok Pak Mentua aku balik surau dah dekat pukul 9 malam boleh jugak dia tengok berita-berita semasa, gagasan dan ucapan menteri, perkembangan politik tanahair, dunia hiburan dan sukan, dsb selepas selesai menunaikan solat isyak.
.
Kalau stesen TV swasta dah siarkan jam 8 malam, tak apa lah. RTM siarkan ajelah jam 9. Bukan Pak Mentua aku aje, ramai lagi ahli-ahli surau tak kira di pekan mahupun di kampung yang akan balik rumah sekitar menghampiri jam 9 malam. Kadang-kadang aku dan suami terkejar-kejar solat Maghrib masa iklan sebab nak tengok berita punya hal. Sebab itu bagi aku, Berita Utama RTM jam 9 malam adalah platform paling sesuai bagi kerajaan untuk menyampaikan sebarang maklumat yang tepat menuju sasaran. Masa ni lah paling sesuai nak bagi informasi kat geng-geng nih..
.
Tapi, bila Pak Menteri baru naik, semuanya bertukar. Aku dapat bayangkan Pak Mentua aku kat kampung tu, balik surau, makan malam dan selepas itu kembali bosan terus tidur. Maklumlah TV malam-malam bukan ada cerita menarik, kalau ada cerita melayu pun lawaknya agak slapstik dan memualkan aku.
.
Anyway, bagi aku, pukul 8 ke, pukul 9 ke, aku lebih senang akses berita secara online. Malasla pulak aku nak pikir bagi pihak Pak Menteri. Biarlah Pak Menteri pikir sendiri. Kalau aku pandai macam Pak Menteri mungkin skang ni aku pun dah masuk politik.
.
Aku harap Pak Menteri Pelajaran jangan lah revert PPSMI tu ke Bahasa Melayu balik.
Haaaa...yang itu aku kisah.
No comments:
Post a Comment