Aku masih ingat waktu menjadi guru praktikal, semasa hari akhir aku di sekolah tersebut, kesemua buku nota mereka aku beri ulasan dan aku lukiskan bintang. Apabila buku semua selesai dipulangkan, datang seorang pelajar .. matanya kelihatan merah..
.
Kenapa ni? Aku bertanya dengan nada terkejut.
.
Saya sedih sebab cikgu dah nak pergi.. saya baru nak belajar Fizik..
.
Takpe, nanti awak email la saya..
.
Tak sama cikgu. Dari saya darjah satu sampai saya form 4, tak pernah ada cikgu yang bagi saya star. Mak bapak saya pun tak pernah puji saya. tapi cikgu bagi saya star, saya rasa sangat gembira.
.
Aku tergamam.
.
Teacher, you dont have to worry, if you can manage to teach us in La Salle PJ, dont worry.. we are very sure, you are able to teach anywhere you are sent to..
.
---@---
.
Ada sekali tu, aku, suami dan anak2 ke Secret Recipe, Jusco Wangsa Maju. Selepas mencari tempat duduk dan memesan makanan, kami dihampiri oleh seorang wanita separuh umur dan 2 lelaki.
.
Cikgu apa khaba? Sihat ke? Anak2 saya selalu bercerita pasal cikgu.
.
owh ye? Jawab aku sambil menyeringai.
.
Awak buat apa sekarang ni?
.
Saya tengah buat housemanship, haritu kat UPM buat Medic.
.
Saya pulak study lagi cikgu.. (kat mana aku lupa..)
.
owh kenapa tak ada yang jadi engineer atau cikgu Fizik? Nampaknya hasil saya tak menjadila takdek yg minat Fizik.
.
Bukan tak minat cikgu. Fizik susah..
.
umm..
.
---@---
.
Ada sekali tu kami sekeluarga ke McDonald Taman Melati. Selepas mencari port yang sesuai kami pun duduk di satu sudut yang agak terpencil. Aku ditegur oleh seorang lelaki (semuanya student yang tegur aku ni lelaki jer.. yang pompuan semuanya hampeh). Segak mamat ni. Dulu masa sekolah aku ingat comot aje.. Katanya dia bekerja somewhere di Jalan Ampang (aku lupalah keje Bank kot.. maklumlah dah tua)..
.
So buat apa kat sini? dah pukul 10 malam ni.
.
Ni ada side bisnes sikit jumpa partner.
.
Wah bagusnya.. aku pun takdek partner side bisnes. he he.. macam-macam ex-student aku nih..
.
---@---
Waktu itu aku sedang melangkah masuk ke sebuah kedai pukal di Pasar Borong Selayang. Terlihat aku kelibat seorang lelaki sangat muda yang sedang mengangkat kotak berisi minuman tin keluar dari kedai. Raut wajahnya sangat aku kenali dan aku hampir menyapanya tatkala dia melintasi hadapanku. Namun belum sempat aku berkata, kotak minuman yang dipikulnya itu tiba-tiba jatuh. Apabila aku mengangkat muka, dia tidak kelihatan dan terus hilang di sebalik rak-rak itu.
Eh kenapa dengan kau ni? Kedengaran suara lain menegurnya.
.
Cikgu aku.
.
Mana?
Tu pompuan yang berdiri kat depan tu.
Habis apasal yang kau menyorok kat sini?
Takkan aku nak dia tau aku kerja kat sini? Malulah aku.
Tulah masa sekolah belajar malas, skang dah keje pasar borong tau malu dengan cikgu.
Fahamlah aku mengapa barang itu jatuh. dia terkejut rupanya melihat aku.
Itu bukanlah kali pertama.. Ada beberapa kali aku terserempak dengan anak-anak murid aku. Mungkin mereka ingat aku tak kenal, atau tak cam, tapi sebenarnya tidak. Aku ingat. Cuma aku tak boleh nak agak dari batch mana asal mereka ni.

Kejadian ni berlaku rasanya dah lebih dari 5 tahun. Di Pasar Malam berhampiran Stadium Selayang, aku dan Hannah sedang jenjalan.. tiba-tiba kedengaran suara..
.
Cikgu cikgu.. eh apa khabar?
.
Khabar baik. Jawab aku sambil mencongak2 dalam kepala umur mamat depan aku nih.
.
Selepas bersalam, bertanya khabar dan bertukar2 email, dia lantas berkata,
.
Cikgu, kalau dulu saya belajar bersungguh-sungguh semasa cikgu mengajar saya, mesti saya boleh pergi lebih lagi dari apa yang ada sekarang ni.
.
Takper. Oklah tu. Dah buat QS.
.
Saya menyesal cikgu. Sebenarnya, bila saya dah masuk matrix, actually, kalkulus tu takla susah mana. Tapi masa F5 saya main-main. Kalau masa cikgu ajar add maths dulu saya dengar, saya tak main-main, memang saya dah boleh ambik Engineering.
.
Eh dah buat QS, awak patut bersyukur dengan pencapaian sekarang ni..
.
.
Saya menyesal cikgu..saya betul-betul menyesal..
.
Dan lidah aku menjadi kelu..
7 comments:
Cikgu..kenapa anak2 murid cikgu semua bertembung dengan cikgu kat tempat makan.. bila cigu nak START ni..??? hahahaha
wafa..
lepas ni entry aku bertajuk cikgu yang menyesal sebab asal jumpa anak murid kat tempat makan.. macamana cikgu nak START? Alamatnya tak start2 la cikgu nih..
aku teringat cerita P.Romli.
cikgu suka main bola hari-hari cikgu main bola.. tapi versi aku.. cikgu suka makan hari-hari cikgu makan.. cikgu sudah kenyang tak larat.. mari kita main.. yeaaa...
eh aku pun selalu terserempak dengan cikgu shima kat kedai makan... ada sekali tu terserempak kat pelita bangsar... uhuhuh
mywanfai..
Aku sebenarnya nak paparkan kisah aku mengajar tusyen matematik ada budak form 2 dulu. Itulah sekali aku ajar dia pastu dia taknak belajar dengan aku lagi dah. hu hu..
saya pun menyesal cikgu....sebab tak ambil medic...ambik broadcasting...last-last jadi cikgu jugak....huhuhu...
hai cik nyda..
kalau tak amik broadcasting tak bertemu pulak dengan pelakon harapan negara.. hu hu hu...
kalo aku lagi la jumpa dengan cikgu aku mmg aku tak tegur pun sebab malu nak cerita yang aku ni tak berjaya dalam hidup jer setakat jadi kakitangan kerajaan gred 29 jer..cikgu pun gred 41..malu la wehh
Post a Comment