Friday, April 10, 2009

ku tak sanggup bila aku jauh dari dirimu..




Dalam tempoh lebih kurang sebulan, adik aku yang kelima akan melansungkan pernikahannya. Walaupun aku dalam keadaan kesibukan yang amat sangat, maklumlah minggu depan aku dah final exam, aku pun buat-buat menyibuk bila aku tengok mak aku sudah mula sibuk. Sesekali ke rumah mak, aku dapat lihat pelbagai barang sudah mula dibeli, cadar pengantin, langsir baru, barang-barang doorgift untuk majlis kenduri pun dah mula memenuhi ruang tamu rumah mak. Rumah pun telah dicat dengan warna yang baru sebagai persiapan untuk majlis itu nanti. Maklumla, dah lama rumah mak aku tu tak ada kenduri kahwin. Kali terakhir pun masa tahun 2001, majlis perkahwinan adik aku yang kedua. Anak dia pun dah masuk darjah satu. Bayangkanlah punyalah lama.. Masa Pak Lang kawin, tak buat kat rumah mak, buat gilang-gemilang di Dewan.

Tengah2 aku belek2 portable hard disc aku tadi, aku terlihat video pertunangan Akman ni. Tiba-tiba hati aku menjadi sayu. Entah kenapa, mungkin sebab selepas ini aku terpaksa berkongsi adik aku dengan orang lain. Akman akan menjadi sebahagian dari keluarga lain.

Masa Epit kawin dulu pun aku sedih jugak (Agaknya masa aku kawin dulu diorang sedih tak?).


Aku harap nanti Akeman lepas kawin akan mantain cun yer.. Bukannya apa.. nanti karang susah nak diet balik. Nanti milynshoppe toke herbal life jugak yang kaya.. he he..

p.s. Tak sabar aku nak makan kari kambing Aqiqah Hazeqah masa majlis akad nikah nanti.. umm.. bilalah aku nak START? Majlis perasmian dah berpuluh kali dah.. launching je dah tak terkira banyaknya.. tapi gear belum masuk2.

5 comments:

Anonymous said...

bila lagi... esok lerrr START... hua hua hua

Wafa said...

masa ko kawin aku pun sedih... time tu aku sibuk final exam.. aku balik dari melaka tgk ko tgh makan beradap.. masa tu aku rasa sebak giler... huhuhu...

Penulis resah kawin pun aku sebak jugak... masa tgk dia dah selamat akad nikah...hua hua hua...

Shima said...

mywanfai..
Aku tau ler ko dah ramping..

wafa..
Tulah.. sedih aje.. walaupun masa kecik selalu bertekak, tapi aku sedih jugak bila korang nih kawin..

p.s. Teringat aku bantal tit-tit dengan bantal busuk penulis resah apa tah ma dia. Ada lagi tak bantal tu dengan korang? hu hu..

Anonymous said...

bantal busuk terakhir aku liza dah buang masa baru kahwin dulu...

tapi sekarang aku dah berjaya buat balik satu lagi bantal busuk daripada bantal yang mak mertua ko bagi kat aku sebagai hadiah perkahwinan aku dulu... hahaha

Shima said...

mywanfai..
Dah tua-tua pun masih peram bantal busuk. Arman dah ada bantal busuk ke? Nanti bucu bantal dia buat korek telinga.. hu hu..