Friday, February 6, 2009

Bila Tun Mahathir mula ketawa..

Membaca entry http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-lagi.html membuatkan aku tersenyum sendiri.

Selama ini segala entry yang aku ikuti dalam blog Tun kesemuanya ilmiah, professional dan serius.

Ungkapan seperti 'Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar?', 'Amat menggelikan hati...' dan 'Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!' amat mencuit hati.

Lompat yeop lompat! hu hu..


Anyway, Semoga Tun dan isteri sentiasa sihat dan panjang umur. AMIN!


p.s. Kat depan rumah mak aku dulu kalau lepas hujan lebat, selalu ada van datang malam2 nak tangkap katak.

Kejor Yeop Kejor!!

Percaya atau tidak dalam seminggu kalau dicampur-campur, tak sampai pun setengah jam aku menonton TV. Kadang-kadang bukanla sebab aku sibuk sangat pun, cuma memang dah semulajadi aku bukanlah penonton TV yang setia. Sebab itulah aku tiada masalah berebut TV di rumah. Yang kecik nak tengok chanel Nikelodeon atau Disney Channel, yang dewasa nak tengok bola, so daripada aku berebut remote (yang sememangnya aku pun takkan buat), baikla aku buat kerja lain. Banyak lagi menda menarik yang boleh aku tengok kat internet. Baca newspaper ke, layan blog ke..

Tapi malam tadi memang aku tengok TV. Rasanya lebih dari setengah jam. Memang pecah rekod aku. Semuanya gara-gara kemelut politik yang melanda negeri Kejor Yeop Kejor. Bukannya aku tak boleh baca kat internet.. cuma saja aku nak tengok reaksi mereka yang dah kepanasan tu..

Aku malasla nak ulas. Lu pikirla sendiri.

Nampaknya rancangan nak balik Kuala Kangsar weekend ni terpaksalah aku lupakan.Mesti meriah dan sesak pekan Kuala weekend ni.


Laksa dan Cendol pulut kat lembah tu mesti hangat di pasaran.
-
Kejor le Yeop apa yang nak di kejor!!! Jangan yang dikejor tak dapat.. yang Yeop kendong sekarang ni bertaburan..

p.s. Dulu masa aku kecik-kecik, selalu layan laksa cik Ani kampung Pasir.. memang best. Murah pun murah.. doploh sen aje sepinggan..

Wednesday, February 4, 2009

Networked Computers Change our Lives

Just a few years ago, people communicated mostly on a local level because communicating with people far away was so complicated and very expensive. People used telephone for most voice communications, the postal service delivered most of written messages (bayangkan masa hari raya jenuh posmen nak hantar kad raya). These 2 types of communications are still exist but all of them are converging to web-based. The extended reach and reduced cost of communication through the internet has changed the way people change information and resources.

Social relationship are changing. People are more interconnected. Family and friends stay in more closer even though we are separated very far away. Even distances separated us, we can still have more frequent contact via internet. It is envitable that internet has quickly become integral part of our daily routines. Emails, Instant Messaging and blogs are becoming popular communication tools.

Just imagine what we can do
- Receive and send email at an internet cafe over lunch
- Post and share your stories, photographs, home videos and experiences with friends, families and the world
- Shop and sell at online auctions
- Students can communicate with instructors and fellow friends using online tools
- Check you bank balance and pay bills electronically (termasuk bayar hutang)
- Obtain health information and nutritional advise from experts all over the world

mmm... but the most I hate is.. Nowhere is considered remote!!! Homes are no longer remote from work. Normally all bosses will assume that their staff can telecommute and live long distances from their offices..

So, cuti balik kampung pun kekadang kena kerja jugak..

Monday, February 2, 2009

Teringat aku..

Kalaulah aku boleh menaip assainmen aku sepantas aku menaip untuk apdet blog aku ni alangkah bestnya.. Laju aje idea aku.. Masalahnya menaip assainmen dengan menaip email atau mengapdet blog ni tak sama. Menaip assainmen ni keseronokannya kureng sikit. Kena kosentret lebih.. Masa tu lah anak aku nak carik topi dia yang beli 2 tahun lepas, masa tu lah depa nak prepare list besday party, masa tu lah game boy nak kena charge... umm.. macam-macam..


Teringat masa aku kecik-kecik dulu.. Selalu ikut mak aku pergi opis. Aku tengok mak aku menaip lajunya.. kagum aku.. Aku tak nampak pun mak aku pandang jari jemarinya. Dia dah tau mana posisi yang betul huruf-huruf tu. Tak payah tengok pun. Bayangkan dengan mesin taip yang keras tu mesti jari-jari mak aku sakit bila balik kerja. Sekarang ni dah senang. Keyboard pun dah macam-macam jenis. Siap ada yang wireless lagi.
-

Pun aku menaip terhegeh-hegeh. Kejap-kejap tengok skrin, kejap-kejap pandang keyboard.. kejap-kejap tengok buku..

Kalaulah ilmu menaip mak aku tu boleh diperturunkan secara semulajadi kepada aku... kan ke best.. cepat sikit asainmen aku siap..hu hu..

Sayang mak!

Sunday, February 1, 2009

Have a safe journey


Balkese is already left when I write this post. I met her at the airport this morning to say goodbye to her and wishing her the very best and good luck in her study. She is leaving to Colorado for her PhD... umm.. syoknya..

InsyaAllah, I will be seeing her again in 4 years time. Or maybe later than that. Depends. Anything can happen in 4 years time.

She was so busy when I met her this morning. Busy with the kids, bags, also families. After saying goodbye to her, together with my husband, we went to Sunway Pyramid for a bowling tournament of his office.

-
Have a safe journey Balkese!! Take many pictures and send to me ok.

Friday, January 30, 2009

"owh.. takper... saya taknak emcee"


Sedari malam tadi tekak aku rasa tak selesa. Kepala aku rasa pening dan hidung aku pun rasa agak sesak.
sah.. aku nak demam.
Alamak camana ni.. assignment aku nak kena upload sebelum Selasa ni. Esok dah weekend jangan haraplah aku ada peluang nak sentuh barang-barang ademik dan ilmiah aku nih. Nak tak nak apa lagi.. telan kopi kacip Fatimah la jawabnya.. supaya mata aku boleh bukak seluas2nya selepas makan ubat. Itu ajelah penyelesaiannya. Masa aku kat Jepun dulu, hari yang ada lekce, mesti pagi tu aku akan minum secawan kopi kacip Fatimah ni. Bukannya apa, orang Jepun ni kalau cakap mana ada ton suara tinggi rendah.. senada aje.. Tapi kalau hari yang ada lab work oklah..banyak movement.. sebab tu classmate aku semua heran camana mata aku boleh segar bertahan mendengar lekce Jepun yang membosankan tu.. hu hu.. rahsianya kacip Fatimah.. ha ha..

Masa aku keje, Alhamdulillah aku jarang demam. Pernah sekali aku demam 2 hari tak bangun terus 4 hari aku emcee. Boss aku pun tak boleh kata apa sebabnya bila dia call dan dengar suara aku yang serak ala-ala penyanyi 'what a wonderful world' tu.. terus dia cakap.. "takpelah ye.. you rehat ajelah..'' Nanti I mintak si polan si polan follow up kerja-kerja you."

Tapi sekarang ni aku belajar. Aku cukup takut kalau sakit masa belajar. Masakan tidak. Kalau sakit demam sampai takleh attend kelas, takleh pergi lab, takleh buat tutorial, takleh nak carik bahan untuk buat asainmen, si polan-si polan mana pulak la yang nak cover untuk aku. Lagi teruk tak boleh nak study. Lu pikirla sendiri.

So pagi tadi aku ke klinik Dahlia. Selepas berjumpa doktor, aku pun lepak sambil menunggu ubat yang akan diberikan sambil membelek-belek surat khabar hari ini. Tiba-tiba nama aku dipanggil. wah cepatnya dah dapat ubat. Efisyen betul klinik ni.

"Akak ada emcee ke untuk hari ni?" Tanya staff kat kaunter tu.

"Tak ada".

Oh.. akak nak emcee ke harini?

"Takpe.. taknak." Jawab aku sambil menggelengkan kepala.

"Bukannya apa.. Dr tanya, akak nak emcee ke tak untuk harini?"

"owh.. takper... saya taknak emcee." balas aku sambil tersenyum.

Balik dari klinik aku terus telan ubat, masak sup untuk Hannah (kalau aku ada kat rumah, anak aku memang tak kan makan masakan bibik), bancuh kacip fatimah, terus duduk depan pc nak siapkan assainmen. Aku mesti siapkan harini.

"owh.. takper... saya taknak emcee." sampai sekarang ni aku masih tersenyum..

Thursday, January 29, 2009

Lagenda Laskar Pelangi (Rainbow Warriors Legend)


I have never watched this movie. I just love the song.

However, when I read and find more information about this nice song, it leads me to one conclusion.

I must watch this movie!

Watching this trailer movie and reading all comments about this movie make me visualise how 10 brave rainbow warriors (title of the film) went through harsh life with tears and joy but without remorse. Laskar Pelangi is an Indonesian movie released in September 2008. The story is about 10 Belitong kids of Laskar Pelangi. With poor condition of their elementary school-SD Muhammadiyah, but with the struggle of superb teacher, Mrs.Muslimah, they’re fighting with hard to reach their dreams.

Laskar Pelangi producer, Riri Riza said : “Laskar Pelangi has unique story, fully dynamic life with appearance of 10 strong character students and an ambitious teacher which has big and noble wishes.

Any idea where to find the movie?

p.s. Paling aku eksaited sebab dalam video klip lagu tu, video camera nidji pakai tu macam ada satu kat umah ni.. hu hu..

Tuesday, January 27, 2009

Melaka.. the Historical City

As you guys know, or maybe you guys are not aware, or maybe dont care, even though I was not born in Melaka, but I went to school in Melaka during my teenage time. It was year 1990-1991 I was in SMKA Sharifah Rodziah, one of the famous and best ever school in Melaka (jangan maree..) on top of the hill. Ala.. sesiapa budak Melaka kalau tak kenal Sharodz memang sajer ajela.. Sekolah yang banyak melahirkan cerdik pandai negeri Melaka.. sekolah yang famous atas bukit tu. Letih jugak la aku masa zaman Melaka takdek air tu.. pukul 4 pagi dah bangun bawak baldi, gayung dan peralatan mandian beramai-ramai mandi kat blok atas. nasib baik masa tu aku dah senior. So, junor-junior akan beri laluan terutamanya kepada senior yang banyak berjasa kepada sekolah dan terkenal seperti aku nih... (nanti aku akan update di post yang akan datang yer).




Last Chinese New Year, we spent our holidays in Melaka. Together with the children, we visited most of the famous places in Melaka. As we stayed in Equatorial Hotel, it is strategic location and easy for us to go anywhere from there. Very near to the hotel is Dataran Pahlawan Melaka MegaMall. It is located strategically in the heart of the city and I can say the Mall is becoming part of the Melaka Central Historical District. Wherever you are, you will find your way here through many accessible highways and roads. Its very nice place, you can find almost anything you want here in one building!



We went to Porta De Santiago (AFamosa), built by the Portuguese in year 1511 as a fortress it sustained severe structural damage during the Dutch Invasion. The British had set to destroy it but timely intervention by Sir Stamford Raffles in 1808 saved what remains of A' Famosa today. You can find a lot of local people, also tourists here walking around and also riding 'beca' (trishaw).



Near to Porta De Santiago, you can find Melaka Sultanate Palace. Situated at the foot of St. Paul's Hill, it is the only Malay palace from Melaka's glorious past built with such detail and refinement.



Also dont forget to visit The Maritime Museum or 'Flora de La Mar', a Portuguese ship that sank off the coast of Melaka while on its way to Portugal, carrying loot plundered from Melaka. Work on the replica started in early 1990 and it was opened to the public in 1994. The Maritime Museum was officially opened by the Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad on June 13, 1994.







We also visited Al-Azim Mosque, Tanquerah Mosque, Pantai Puteri (fomerly known as Tanjung Keling). We went through historical and also nice places like Jonker Walk, Stadthyus (also known as the Red Square).


Also we didnt miss the chance to visit Zoo Melaka...


I brought my children to visit Malacca High School. Well actually I was here just for about 3 months but I am proud to be one of the students of this good school.



Before went back to KL, we stopped by at this Roti John stall near to Kem Terendak. The taste is still the same even though I didnt taste it for the past 17 years! Only the price is different..



umm.. Kem Terendak... the most memorable place of me and my family.

Asam Pedas Melaka..Memang Power!!!

Cuti Tahun Baru Cina yang baru lepas ini, kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Negeri Bersejarah, Melaka. Pada asalnya, rancangan kami hendak ke Mersing tapi memandangkan last minute confirmation tambahan dengan kerisauan takut keadaan jalanraya yang mungkin agak sesak, aku dan suami bersetuju untuk ke Melaka. Suami aku setuju aje.. maklumlah.. negeri Melaka ni amat sinonim dengan kami.. bak kata ahli sejarah.. Melaka.. di mana segalanya bermula.. he he..

Kami bertolak hari Ahad tengahari. Sengaja kami makan yang ringan-ringan untuk mengalas perut kerana aku memang teringin sangat nak pekena asam pedas Melaka. Kali terakhir aku makan asam pedas di sini pada tahun 2006 pada masa tu kami ada outstation meeting, dan rakan aku Fatimah membawa kami ke satu kedai di Batu Berendam. Sedapnya tak terkira.. Asam pedas Melaka ni kalau mengikut rakan aku ni, cara masakannya berlainan dengan asam pedas biasa. Belacan tak dek. Daun limau purut atau daun kesom adalah optional. Masa tu aku makan asam pedas daging tetel. ummm memang sedap..


Sesampai kami di Melaka, selepas check in di hotel, kami tak tunggu. Terus pusing-pusing carik kedai Asam Pedas 35. Rakan aku yang sorang ni pun ada rekomen kalau nak makan asam pedas yang sedap, pergi restoran ni. Tapi aku frust sangat sebab sesampai kami di sana, tuan punya kedai dah berkemas.. dah habis dik... Tapi nak makan asam pedas punya pasal, kami ke Restoran Sajian Kampung Asam Pedas Mah yang terletak sebaris dengan restoran 35. Kami makan berempat, asam pedas daging tetel, asam pedas tenggiri, hati masak kicap, sayur goreng dan keli goreng. Wah memang sedap... Terasa asamnya.. dan dia letak daun limau purut.. rasanya... pergghhh... kaw habis... sedapnya sampai aku terlupa nak ambil gambar makanan tu semua. Semua sekali termasuk minum RM45. Kira oklah bagi aku... Kenyangnya sampai ke malam.





Hari kedua kami pekena seafood di Ikan Bakar Ala Kassim.. di Crystal Bay. Aku masih ingat lagi jalan ke Crystal Bay sebab berhampiran dengan sekolah aku dulu SMKA Sarifah Rodziah (ala kalau budak Melaka tak kenal sekolah ni sajer aje la.. sekolah famous amos atas bukit tu).. Terkejut anak2 aku sebab orang punya la ramaiii... sejam aku tunggu baru makanan datang. Itupun bukan semua yang aku order sampai. Hannah dah bersungut2 nak balik. Aku malas la nak komplen pasal servis dia, bagi aku servis restoran paling power sekali kat KL la... Luar KL ni kena redha ajela... Air minum toksah cakapla... Aku risau anak aku tercekik aje so kami belikan air tin soya padahal aku order milo ais je.. sejam setengah baru sampai.. Kami makan sotong goreng tepung, udang butter dan ketam cili.. nasik lemak dia sedap giler... Itupun hubby aku pergi dapur dia mintak sendiri nasik lemak tu kalau tak, tak taula pukul berapa nak makan.





Anyway, walaupun lambat sampai makanan tu, tapi masakannya memang sedap. No wonderla ramai orang. Semua sekali RM63. Murah dan sedap.. ketam dia pun fresh... Tapi sebab aku dah tensen makanan lambat sampai, so bila makanan sampai kami tak tunggu. So maknanya takdek la gambar untuk tatapan korang sumer.





Hari terakhir sebelum balik, kami sekali lagi ke restoran 35. Kata kawan aku, asam pedas sini sedap. So kitorang pun pergi la... Orang memang ramai. Meja takdek yang kosong. Pengunjung tak putus-putus. Kami order asam pedas jenahak, asam pedas pari, kerabu mangga, ikan masin dan sup ayam untuk anak aku. Termasuk minum semua sekali RM47. Siap tapau lagi jenahak 2 ketul.. ha ha.. Bezanya dengan Asam Pedas Mah ialah dia masak guna daun kesom. Anyway rasa memang sedap. Aku konfem takdek MSG. pergghh... Masam, masin dan pedasnya cukup ngam. Daging ikannya pun lembut...









Sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL, kami singgah di Asam Pedas Mah, beli asam pedas daging tetel dan asam pedas terubuk buat bekalan balik. wah... 2 jenis asam pedas lauk kami malam ni...




Bukannya apa.. kata orang yang pandai masak, asam pedas ni.. lagi lama kita simpan dia lagi sedap... hu hu...

emmm...

Wednesday, January 21, 2009

Kisah pagi ini..

Kenderaan sungguh banyak sewaktu aku menghantar Hannah ke sekolah pagi tadi. Semasa menunggu giliran untuk melalui simpang 3 menghala balik ke rumah, aku terlihat seorang budak perempuan, sangat comel bertocang dan berbaju kurung turun dari Proton Waja yang aku kira dipandu oleh samada ibu atau bapanya. Tiba-tiba aku terkejut melihat pintu kereta itu dihempas dengan sangat kuat dan tiba-tiba budak perempuan yang tadinya nampak macam kiut bagi aku menendang pintu kereta tersebut dan terus berlalu pergi. Sang kereta Waja terus meluncur laju meninggalkan kawasan simpang tersebut.

Berdasarkan pemikiran aku (pada masa tu la)... ada 2 kemungkinan:

1. Mungkin semalam si anak ada menyebut nak beli sesuatu di sekolah dan ibubapa nya bersetuju tiba-tiba pagi ni lain pulak ceritanya. Maklumla semalam balik kerja kan ke penat.. iye kan aje apa anak tu mintak.

2. Atau si anak nak balik awal harini dan minta ibubapanya datang lebih awal daripada biasa. Tapi macam biasa tuntutan tugas menyebabkan itu tidak mungkin berlaku.

Sampai kini aku masih terbayang tendangan itu. Nasib baik tak kemek..