Pada Sabtu yang lepas, satu sesi gathering bloggers Teratak Anisma yang julung-julung kalinya telah diadakan di Labanese Restaurant, Al-Rawsha, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Gathering kecil-kecilan ini telah dihadiri oleh hampir kesemua bloggers Teratak Anisma kecuali permata nusantara dan myzira yang masing-masing berada di Selatan dan Utara tanahair menghabiskan saki-baki waktu-waktu terakhir di menara gading masing-masing.
.
Tujuan diadakan sesi gathering ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan bloggers. Juga bagi membincangkan isu-isu hangat terkini yang dimuatkan dalam blog masing-masing termasuk penggunaan laman blog untuk tujuan perniagaan tidak ketinggalan isu-isu panas seperti PPSMI. Ahli-ahli juga turut membincangkan security features yang perlu dipertingkatkan di blog masing-masing agar tidak dicemari dengan kritikan yang mengikut emosi dan berlebihan sehingga boleh mencetuskan ketidaksenangan dalam kalangan bloggers yang lain. Perbincangan mengenai persiapan majlis persandingan gilang-gemilang educator2009 juga turut menjadi agenda utama.

Halatuju blog masing-masing seperti penggunaan blog sebagai penyebar maklumat, perniagaan, mahupun sebagai platform mengasah bakat bersajak dan bersyair juga turut dibincangkan. Terdapat juga permintaan dari bloggers muda (young bloggers) agar diwujudkan platform bagi mereka untuk memberi kesedaran akan peri pentingnya pendidikan dan pendedahan awal dunia IT kepada kalangan blogger muda ini. ptd unggul juga disarankan agar turut sama mewujudkan blog bagi membolehkan pengalaman beliau dikongsi bersama oleh bloggers Teratak Anisma yang lain.
Juga dibincangkan mengenai kesukaran memberi komen kepada blog-blog milynshoppe, digital space kerana sebarang ulasan perlu diluluskan oleh pengarang blog sebelum dipapar ke laman web. Terdapat juga sensitiviti dalam kalangan bloggers terhadap isu dan foto (terutamanya masa zaman montel) yang dimuatnaik oleh bloggers lain. Walaubagaimanapun, isu ini dianggap terpencil.

Hadir sama semasa sesi gathering ini adalah blogger termuda dari Pantai Timur iaitu mywanfai junior yang dari mula sampai akhir gathering nampaknya asyik mengunyah nasik mandy.

Bisneslady Herbal Life makan dengan rileks dan kontrolnya
.

Kedua-dua ibubapa yang dikasihi, mak dan abah, isha-abama
.
Sesi gathering seperti ini diharap akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelapangan masa untuk mengumpulkan kesemua ahli dan juga yang paling penting ialah faktor PENAJA.