Wednesday, March 25, 2009

Bloggers Gathering in Al-Rawsha

Pada Sabtu yang lepas, satu sesi gathering bloggers Teratak Anisma yang julung-julung kalinya telah diadakan di Labanese Restaurant, Al-Rawsha, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Gathering kecil-kecilan ini telah dihadiri oleh hampir kesemua bloggers Teratak Anisma kecuali permata nusantara dan myzira yang masing-masing berada di Selatan dan Utara tanahair menghabiskan saki-baki waktu-waktu terakhir di menara gading masing-masing.
.
Tujuan diadakan sesi gathering ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan bloggers. Juga bagi membincangkan isu-isu hangat terkini yang dimuatkan dalam blog masing-masing termasuk penggunaan laman blog untuk tujuan perniagaan tidak ketinggalan isu-isu panas seperti PPSMI. Ahli-ahli juga turut membincangkan security features yang perlu dipertingkatkan di blog masing-masing agar tidak dicemari dengan kritikan yang mengikut emosi dan berlebihan sehingga boleh mencetuskan ketidaksenangan dalam kalangan bloggers yang lain. Perbincangan mengenai persiapan majlis persandingan gilang-gemilang educator2009 juga turut menjadi agenda utama.
.
Halatuju blog masing-masing seperti penggunaan blog sebagai penyebar maklumat, perniagaan, mahupun sebagai platform mengasah bakat bersajak dan bersyair juga turut dibincangkan. Terdapat juga permintaan dari bloggers muda (young bloggers) agar diwujudkan platform bagi mereka untuk memberi kesedaran akan peri pentingnya pendidikan dan pendedahan awal dunia IT kepada kalangan blogger muda ini. ptd unggul juga disarankan agar turut sama mewujudkan blog bagi membolehkan pengalaman beliau dikongsi bersama oleh bloggers Teratak Anisma yang lain.

Juga dibincangkan mengenai kesukaran memberi komen kepada blog-blog milynshoppe, digital space kerana sebarang ulasan perlu diluluskan oleh pengarang blog sebelum dipapar ke laman web. Terdapat juga sensitiviti dalam kalangan bloggers terhadap isu dan foto (terutamanya masa zaman montel) yang dimuatnaik oleh bloggers lain. Walaubagaimanapun, isu ini dianggap terpencil.



Hidangan utama, Nasi Mandy ayam dan kambing



Hadir sama semasa sesi gathering ini adalah blogger termuda dari Pantai Timur iaitu mywanfai junior yang dari mula sampai akhir gathering nampaknya asyik mengunyah nasik mandy.


Sedang menunggu makanan

PTD Unggul dan Educator2009 yang tak kisah pasal diet GB


Bisneslady Herbal Life makan dengan rileks dan kontrolnya
.

Kedua-dua ibubapa yang dikasihi, mak dan abah, isha-abama

.
Sesi gathering seperti ini diharap akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelapangan masa untuk mengumpulkan kesemua ahli dan juga yang paling penting ialah faktor PENAJA.

15 comments:

Wafa said...

Bagus juga gathering bloggers ni... kita patut wujudkan 'Teratak Anisma Blogger Fund' bagi menampung kos-kos gathering yang akan datang huhu... (untuk mengelakkan tekanan ekonomi & emosi yang kritikal dikalangan penaja tetap..)
p/s dicadangkan kepada sapa2 yang belum daftar sebagi blogger yuran keahliannya lebih mahal.. hahahaa..

Permata Nusantara said...

haha...lawak betul la entry ni...jom wat gathering lagi..bbq depan umah...hehe....dan stimbot di meja makan.....jimat kos...ngeh3...

Anonymous said...

dicadangkan kita buat gathering blogger kat kota bharu?? penginapan ditanggung sepenuhnya oleh penulis resah...

p/s: blogger mywanfai junior walau pun makan nasi mandy tak berhenti, tapi tetap maintain macam ayahnya... hua hua hua

Anonymous said...

inilah blog paling kelakar sepanjang karier menjadi blogger nie.. macam best je cadangan gathering di Kota Bharu... huhuhu~

Isha_Abama said...

Pada 29 dan 30 Mei 2009 nanti insha'allah keluarga Teratak Anisma akan berkampong di Melaka.

Kita semua nak makan ikan bakar...minta Syed Hasmi / Yusri tolong cari tempat mana yang best kita nak pergi.

Kita tengok nanti siapa akan jadi juara ikan bakar.....Arman ke atau Mohd Eimran ke ....hu....hu..

Ada orang tu kena spare ubat gout sebelum makan....he...he.

p/s: Boleh agak dah siapa akan jadi juara !!!ho....ho....Jangan lupa ketika itu kita turut meraikan kehadiran ahli keluarga baru dalam Teratak Anisma.

Shima said...

wafa..
Aku cadangkan yuran blogger mengikut pendapatan. Bagi usahawan berjaya (semua yang ada nama shoppe pada blog tu) kena ada yuran wajib. Terutamanya yang dah ada cawangan perniagaan di luar negara (termasuk Tanah-tanah Arab). Satu lagi, maklum sajalah semua blogger merupakan level graduan belaka ataupun bakal graduan tak lama lagi. Maka rate graduan ni kena tinggi sket.

permata nusantara,
buat bbq atau stimbot atau bakar ikan depan rumah nak kena ada chef yang berkemahiran.. kalau tak nanti masa nak bakar ikan, takut konfius antara bunga kantan dengan serai..

mywanfai,
mesti meriah kalau buat dekat KB, boleh makan nasik kerabu ayam kampung umm.. sedapnya.. err.. pastikan pusat penginapan bebas dari iguana ok nanti riuh pulak kena kejar.

myzira,
apa kata cuba mintak resepi masakan nusantara dari permatanusantara.. mesti ada banyak koleksi untuk gathering tu. ops.. mesti ada banyak dalam R-Chief dia.

isha_abama@abah,
InsyaALlah ada satu tempat best nanti kita pergi. Tapi kalau nak tengok siapa champion sebenar, kena tengok mak-mak dan bapak-bapak budak yang makan baru boleh tentukan.

Masa tu button START dah tak aktif.. yang aktif hanya button STOP aje.

Anonymous said...

eh bukan masa gi melaka nanti baru nak PERASMIAN yang betul2 last ke??

Shima said...

mywanfai..
masa tu majlis perasmian penutup sebab semua orang dah selim melim.. kenduri dah habis daa.. so kena click kat button STOP lepas tu SET TO DEFAULT.. (makan seperti biasa)

ha ha ha..

p.s. Kena spare ruang lemak sikit untuk kari kambing Hazeqah..

Permata Nusantara said...

eh...bukan cik permatanusantara la yang tak tahu beza antara bunga kantan da serai...tapi myzira...huhu...

Shima said...

permatanusantara..
kan kembar cubit peha kanan peha kiri terasa.. sebab tu cik myzira kena carik resepi nusantara seperti yang tertera dalam blog cik permatanusantara.. hu hu..

Unknown said...

ada sesiapa yg boleh bgtau mcm mana nak buat blog nie?? huhu

Wafa said...

Wah pTd.. welcome..welcome.. ko nak belajar version apa..puisi ker.. kekeluargaan ke.. pendidikan ke.. kewartawanan ke... hahahaha..

Unknown said...

ada sesiapa tau mcm ne nak buat blog nih??

Unknown said...

hai bloggers..

nie semua adik beradik je yg comments nie.. org lain tak jenguk je blog nie.. kurang promosi ka.. huhu

Shima said...

pTd,
bukan masalah kurang promosi.. malas nak promosi nanti satu keje pulak terpaksa nak kena update hari-hari macam penulis resah tu. Kalau nak jadi cam cik permata atau penulis resah Memang blog hit beribu2 tapi citer kena mantain power. Citer kena ada unsur2 sastera dan informasi pulak dah.. Ko belaja la buat blog.. abah pun dah pandai..
p.s. Teringat cerita hot aku yang malang satu ketika dulu.

wafa..
aku rasa kalau pTd buat blog mestilaakan hit rating tinggi sebab pTd pun pandai buat ayat2 ala cik permata sasterawan anisma.. hu hu..