Sebenarnya Hazeqah nak kek Ben 10, aku dah check kat website, ada di secret recipe, tapi bila sampai secret recipe kat Giant Batu Caves, rupanya nak kena order 3 hari prior to event. So, kek Bugs Bunny lah jawabnya..
Nanti masa besday kakak kita beli kek Ben 10 ok.
Semalam, 16 Februari 2009, genaplah usia anak aku yang kedua, Hazeqah 6 tahun.
6 tahun hidup kami sekeluarga sentiasa ceria dengan kehadiran Hazeqah. Hazeqah sedari kecil sampai kini umpama baby dalam keluarga kami. Tempat untuk dimanja, dipeluk dan dicium. Hazeqah ibarat permata dalam keluarga kami. Apa sahaja pasti Hazeqah akan menang. Dari sekecil-kecil memilih cenel TV sehingga memilih warna baju. Hazeqah pasti akan mendapat keutamaan dan seringkali Hannah akan mengalah. Pendek kata segala-galanya adalah tentang Hazeqah. Pernah semasa cuti sekolah yang lepas aku hantar kedua-duanya mengikuti kelas agama, disebabkan Hazeqah tak makan, Hannah terpaksa melaparkan diri demi untuk menjaga adiknya.
.
Aku masih ingat lagi 6 tahun yang lalu. Ketika Hazeqah masih dalam kandungan. Pada waktu itu aku sering ke Pusrawi Jalan Ipoh untuk buat check up. Dr panel aku pada masa itu ialah Dr Daud. Setiap kali apabila aku scan ultrasound setiap kali itulah aku akan bertanya, kepada Dr Daud,
"Dr, anak saya lelaki ke perempuan?".
"emm rasanya perempuan". Jawab Dr Daud.
Pada bulan berikutnya, pertanyaan yang sama aku ajukan kepada Dr Daud, dan jawapan yang aku terima,
"Kalau ikut dalam skrin ni bentuk fizikalnya 90 peratus perempuan". Jawab Dr Daud.
Sehinggalah bulan ke 9, aku masih belum berpuas hati. Sekali lagi aku ajukan soalan yang sama kepada Dr Daud, dan jawapannya,
"ummm...setakat yang saya scan nilah.. dah masuk 9 bulan, masih lagi perempuan". Jawab Dr Daud sambil ketawa kecil. Mungkin lucu dengan pertanyaan aku ataupun merupakan penegasan aku pun tak pasti. Menurut Dr Daud, selepas 13 Feb 2003, sekiranya ditakdirkan aku masih lagi belum ada sebarang tanda nak bersalin, beliau menasihatkan aku datang untuk menjalani pembedahan. Alamak! Operation?
Tapi bagi aku semuanya ketetapan Allah. Bila-bila pun aku terima. Lelaki atau perempuan bukan persoalannya. Lagipun Hannah dilahirkan pada 27 Feb, kalau tunggu sekejap manalah tau boleh sama tarikh besday dgn hannah. he he.. Allah maha mengetahui. Pada 15 Feb, malam itu, aku teringin sangat nak makan prosperity burger. So, kami menuju ke McDee Jalan Pahang. Selepas separuh prosperity burger aku jamah, perut aku rasa memulas. Alamak...takkan pedas sangat sampai perut aku tak tahan. Dulu makan megi dengan cili api ok jer. Takkan baru makan separuh prosperity burger ni terus rasa nak buang air. Teringat aku pesan mak, kalau rasa nak buang air kena hati-hati. Bukannya apa, takut lain pulak yang keluar. Semakin lama aku rasa semakin sakit. Kami terus ke Pusrawi.
Tapi bagi aku semuanya ketetapan Allah. Bila-bila pun aku terima. Lelaki atau perempuan bukan persoalannya. Lagipun Hannah dilahirkan pada 27 Feb, kalau tunggu sekejap manalah tau boleh sama tarikh besday dgn hannah. he he.. Allah maha mengetahui. Pada 15 Feb, malam itu, aku teringin sangat nak makan prosperity burger. So, kami menuju ke McDee Jalan Pahang. Selepas separuh prosperity burger aku jamah, perut aku rasa memulas. Alamak...takkan pedas sangat sampai perut aku tak tahan. Dulu makan megi dengan cili api ok jer. Takkan baru makan separuh prosperity burger ni terus rasa nak buang air. Teringat aku pesan mak, kalau rasa nak buang air kena hati-hati. Bukannya apa, takut lain pulak yang keluar. Semakin lama aku rasa semakin sakit. Kami terus ke Pusrawi.
Sesampai di Pusrawi, Dr Daud kebetulan bertugas pada malam itu. Fuh lega..
"Ha..kalau you datang 13 hb haritu kan dah senang tak payah sakit macam sekarang ni" kata Dr Daud sambil tersenyum. Aku pun tak berapa nak senyum. Malam itu aku mula merasa sakit. Selang 2 minit aku pasti akan merasai kesakitannya. Sehingga jam 4 pagi, aku dah tak berdaya. badan aku dah terasa lemah. Aku minta Dr Daud epidural. Namun pakar bius hanya sampai pada jam 9.45 pagi.
"ok lepas saya cucuk ni 15 minit you takkan rasa sakit lagi ok" Kata Dr pakar bius tu. Aku pun dah lupa namanya.
Namun begitu, selepas 45 minit kena cucuk, sakit aku takde tanda nak reda. Mungkin sebab semasa aku dibius, aku dah sememangnya sakit. Akhirnya kata Dr Daud, memandangkan dah sepanjang malam tengok aku asyik sakit, tepat jam 10.08 minit, aku telah selamat melahirkan Hazeqah dengan kaedah pembedahan. Hai... itu belum masuk bab berpantang. Segala macam pantang larang, dari segi makan, cara duduk, minum pati ikan haruan sehari sebotol, mandi dengan segala mak nenek daun yang aku pun tak pernah dengar namanya.
Pun begitu, segalanya aku terima dengan redha demi Hazeqah. Selepas 6 tahun, melihat keletah dan kecomelan Hazeqah, membuat aku terlupa segala kesakitan aku. Anak-anak adalah permata hatiku.
Sekarang ni, Alhamdulillah aku ada lebih banyak masa bersama anak-anak. Walaupun aku selalu habis kelas lewat malam, bersekang mata nak menyiapkan tugasan yang tak pernah susut, tapi sepanjang siang aku pasti akan berada di rumah. Walaupun pada hari peperiksaan, aku akan pastikan segala-gala homework dan makan minum anak aku uruskan sendiri. Anak-anak aku pun dah semakin pandai. Semuanya nak mama. Nak buat homework nak mama.. nak makan nak mama... nak solat nak mama.. nak tidur nak mama.. kadang-kadang bila tidurkan anak dengan aku sekali la lajak walaupun kerja aku banyak.
Pun begitu aku bersyukur. Walaupun begitu, aku tau anak-anak aku pun banyak berkorban. Kadang dalam usia yang sangat muda aku dah hantar pergi macam-macam kelas. Kelas muzik, kelas taekwando, kelas komputer. Walaupun muka kelat, mereka ikutkan juga. Semata-mata nak jaga hati aku. Kalau mama tak bagi tengok TV, maka sepanjang hari mereka akan duduk bersama aku bercerita gelak ketawa sambil buat latihan dalam buku atau melukis sambil aku buat kerja aku.
Banyak sangat yang aku dah tulis. Dah masuk merepek pun ada. Bukannya apa melepas gian. Dah lama aku tak bukak blog ni. Aku terrrrrlalu sibuk. Sepanjang minggu lepas aku mengerjakan assignment Sofware Engineering aku, harini pulak aku ada exam Database System. Semester ni memang aku sibuk yang teramat. Ada 3 system aku kena develop beserta dengan database belum masuk individual assignments yang dah bersusun... tak campur lagi dengan mid semester exam yang setiap minggu. So sekarang ni kalau aku free, aku belajar sendiri sikit-sikit Visual Studio.. nak guna asp.net pastu instal IIS kat PC aku.. ish banyak nya kerja..
To Hazeqah, Happy Birthday to you my baby. Semoga hari yang mendatang ini baby mampu menangani semua cabaran dengan penuh kebijaksanaan seumpama namamu.. yang dipilih khas.. Hazeqah = Yang cerdik pandai.
To Hazeqah, Happy Birthday to you my baby. Semoga hari yang mendatang ini baby mampu menangani semua cabaran dengan penuh kebijaksanaan seumpama namamu.. yang dipilih khas.. Hazeqah = Yang cerdik pandai.
Aku tahu aku tak mampu untuk 'melindungi' anak aku sepanjang masa, aku hanya mampu berdoa semoga agar Allah sentiasa melindungi anak-anak aku.
Entry yang berkaitan sebelum ini:
http://wfshima.blogspot.com/2008/04/mummy-shall-never-forget-today.html
http://wfshima.blogspot.com/2008/01/yesterday-was-first-day-of-school.html
http://wfshima.blogspot.com/2007/12/my-barbie-girls.html
http://wfshima.blogspot.com/2007/08/find-me-song.html
http://wfshima.blogspot.com/2007/07/mama-when-are-u-coming-home.html
6 comments:
Happy birthday Zeqah... mmm.. dah besar dah.. rupa comel cam bollywood..
happy birthday hannah dan haziqah...
dulu masa kecik2, hannah selalu main tepuk2, habis wan dgn tok wan pun kena tepuk tangan!
Hazeqah pulak masa kecik2 takut dengan pak lang, asal datang umah wan je nangis bila nampak pak lang, tapi sekarang dah ok!
eh kek ben 10 tu kek mcam mana? aku nak beli lah kat secret recipi kat kb mall sebagai perasmian sebelum START...
wafa..
hai.. anak comel sebab ikut mak yang comel lote hu hu..
mywanfai..
Sekarang ni Arman main tepuk-tepuk dengan siapa?
err... mywanfai.. ko tau tak Ben 10 tu apa? Ben 10 tu bukan sejenis kek tau!!!
Ben 10 tu dah jadi kegilaan bebudak sekarang ni. Anak aku yang girls ni pun tak pernah miss citer Ben 10 kat TV.
arman x main tepuk2, tapi dia dah pandai main cak2...
la mana aku tau ben 10 tu kartun, sbb hazeqah kata nak kek ben 10, jd aku ingat sejenis kek... kwang3x
Happy birthday zeqah....dah besar dah zeqah ye and it's about time dah mama dia tambah baby lagi...hehehe
hai auntie nyda..
kalau mama tambah adik nanti mama dah tak sayang zeqah..
Rasanya abang aish dengan rhea pun nak kena ada adik baru.. mama dah naik pangkat takper..gaji dah beso..he he
Post a Comment