The dawn of a new year is usually the time when we think about how we would like for things to be in our lives, make resolutions for change. For my case, aku nak supaya sentiasa sihat dan aktif supaya aku mampu belajar dengan lebih efektif di samping dapat meluangkan masa lebih banyak bersama keluarga especially anak2 aku yang tak kurang aktifnya. By having that thought, antara azam aku tahun 2009 ni ialah aku taknak makan atau seboleh-bolehnya kurangkan makan daging.
Bukanlah aku diet GB (bak kata adik lelaki aku) sampai daging pun taknak makan. Cuma ada beberapa sebab yang aku rasakan tersangatlah perlunya aku mengambil langkah ini.
1. Aku sebenarnya alah kepada daging ais. Dulu aku tak perasan. Masa aku kat Okinawa dulu, aku pernah ditegur oleh Kak Milah (orang Malaysia yang duduk kat Okinawa mengikut suami Jepunnya). Bawah bibir aku merah. Selang beberapa hari warnanya bertukar gelap. Setelah menjalankan beberapa siri ujikaji dengan mengetest beberapa jenis haiwan lautan, aku mendapati memang benar telahan aku bahawa aku tak boleh makan daging ais.
-
2. Hari raya 2 tahun lepas aku telah berkunjung ke rumah kawan ofis aku di Subang Jaya. Menu utamanya ialah Mee Kuah berlaukkan daging. Aku pun tak ingat apa nama mee tu tapi melihat dagingnya aku dah takut. Tapi nak jaga hati kawan punya pasal, aku makan jugaklah. So, seminggu jugaklah bibir aku nak sembuh seperti sediakala.
3. Aku letih sebab lepas tu nak kena gosok gigi. Maklumlah saki baki yang tersangkut kat celah-celah gigi nak kena la keluarkan.
So dengan mengambilkira faktor kesihatan dan kerajinan aku ni, maka dah sebulan lebihlah aku tak makan daging. Walaubagaimanapun, kemunculan daging rendang kegemaran aku yang disediakan oleh tukang masak paling handal dalam dunia ni memang irresistable. Siapa lagi kalau bukan rendang daging mak aku!!!
Rendang ni memang special. Mak aku je yang pandai masak rendang ni. Aku yang tak pandai-pandai. Lagipun kalau mak aku masak konfem rasanya konsisten. Kalau aku masak nanti lain hari lain pulak rasanya. So, bila time hari raya, rendang daging inilah yang selalunya menjadi alasan aku yang paling kukuh untuk beraya kat KL.. he he he he..
Natijahnya?
Dah 2 hari ni bawah mulut aku asyik gatal jer.. Kan dah kata..
Kalau tangan gatal maknanya nak dapat duit, habih kalau mulut gatal nak wat camana?
4 comments:
rendang mak masak tu mak terlupa nak bawak ke sini, huhu tak merasalah jawabnya
Rendang Nogori Vs Rendang Utara.. Nogori la menang sebab pedassss...
P/s : sebab tu tiap kali raya tak pernah raya selayang... hahahaha... padan muka aku..
mywanfai
Rendang Pasar Khadijah pun boleh makan dengan nasik Kak Wok atau cikgu
wafa
Apa kata raya tahun ni ko masak rendang nogori..
mywanfai & wafa
Kalau pasal makan.. umm.. tak pasal-pasal aku dah lapo.. nanti nak tengok rendang peket macam dalam iklan milyn shoppe tu rasanya ada lagi.. hu hu..
dah lama blog ni tak diupdate... tak habis makan rendang lagi ke?
Post a Comment