Alhamdulillah, tercapai juga impian aku dan suami untuk menjalankan ibadah Aqiqah untuk anak kami yang kedua, Sharifah Nurul Hazeqah setelah Hazeqah berumur genap 6 tahun 3 bulan pada 16 Mei 2009.
PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH
Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:
1. Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
2. Daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.
Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu.
Sabda Rasullullah s.a.w.:
Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
Syarat-syarat akikah:
Berniat akikah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
CARA MELAKUKAN AKIKAH
-Berdoa semasa hendak menyembelih:
Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).
-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
--@--
Ini dia hero yang akan ditumbangkan pada hari tersebut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
gout... gout... gout... gout... gout... gout... gout... gout...
alahai mywanfai..
Cuti satu hari apa salahnya. Lepas tu startla balik.. takpun standby aje pil gout tu.. hu hu~
daripada rupa dan bentuk badan kambing dalam gambar ni je aku dah boleh agak betapa sedapnya rasa kambing nih bila dibuat masak kari nanti...
dah terkecur lidah aku nih... ish gout... gout... gout... gout...
mak aiii.. tengok kambing pun dah tahu sedap tak sedap... cik myzira tengok kambing ni rasa tak sanggup lak nak makan sabtu nie..~
P/s - daging dimasak manis.... erm.. tapi ada orang daging akikah dia buat BBQ.. bleh ke?
mywanfai..
apa kata nanti masa hari kenduri tu ko kunci diri dalam bilik lepas tu tutup muka dengan bantal sambil layan ipod kuat-kuat. Mesti ko akan lupa keenakan kari kambing kaww nih..
cik myzira..
belum cuba belum tau.. nanti kalau dah cuba takut mywanfai pun boleh kalah..
p/s: Tapi apa2 hal pun kedatangan mywanfai memang ditunggu-tunggu oleh semua blogger anisma untuk mengetuai acara makan-makan.. Nanti aku bagitau mak supaya masak ayam standby huhu~
kambing tua ke tu!
Hai kak yong..
Walaupun kambing tua nak pencen.. bila dah dimasak.. rasanya mengancam. Bukan macam orang nak pencen.. makin tua makin merenyam.. (I masih fertile tau!!!) hu hu..
Post a Comment