Wednesday, May 6, 2009

Hannah and Hazeqah first Dictionaries

Kebetulan hari ini aku ke Universiti menghantar beberapa dokumen. Aku pun mengambil kesempatan singgah ke MPH MidValley bagi mencari reference untuk aku belajar lebih detail mengenai ASP.NET. Yelah masa buat asainmen Software Engineering haritu, aku follow aje advise sensei aku disebabkan kesuntukan masa. Menurut watashi no sensei, ASP.NET dengan MySQL database dan Apache webserver agak mudah untuk dipelajari. Memandangkan middleware is already installed in my workstation, so aku pun belilah buku ni. Nak belajar PHP atau ColdFusion nanti dulu lah kot. he he.. sensei sumimasen..


Buku untuk mama



Aku sebenarnya dah lama nak ke kedai buku. I wanna find Dictionaries for my girls. Selalunya, Hannah dan Hazeqah akan pinjam Dictionary mama semasa buat homework. Bukannya aku taknak bagi tapi Dictionary untuk orang dewasa ni featuresnya agak advance berbanding dengan junior Dictionaries. Everytime I have to guide them. So, selepas mendapatkan pandangan adik aku selaku bakal graduan Tice skolah rendah, aku pun pilih punya pilih, yang nampaknya agak user friendly sikit yang seperti di bawah ni. Time kasih yer Keman. Yelah nak pilih bahan bacaan kanak-kanak kenalah tanya mereka yang expert dalam bidang ni. Tanya aku Buku Fizik dan Add Maths bolehla..




Dictionaries for Hannah and Hazeqah


So, aku harap lepas ni Hannah and Hazeqah can work harder to obtain higher achievement in their academic level. Hannah pun nampaknya dah semakin sihat Alhamdulillah. Tengok TV pun dah slow sikit sekarang ni. Bilik study pun mama dah sediakan macam mini library. Hai. masa aku kecik dulu takdek pun semua kemudahan ni. Siap tanya aku bila nak pasang ekon di bilik study ni.. he he.. budak zaman sekarang..



Study Room for Hannah and Hazeqah

Anyway, cuti sekolah ni kalau ada mana-mana cikgu tusyen part time yang nak sewa bilik ni bolehla buat booking yer. Daycare juga dibuka untuk kanak-kanak dengan syarat hadir bersama cikgu tusyen sekali. Makanan dijamin halalan toyyiban. Walaubagaimanapun, kadar bayaran tertakluk kepada umur dan saiz dan paling penting kad kredit tidak diterima sama sekali.

4 comments:

cik ptd said...

hm.. selesa nyer bilik study nih.. tapi cik.ptd jenuh memikirkan.. yg ini bilik yg mana? adakah bilik hannah? atau mama hannah dah upgrade mana-mana ruangan yg ada di rumah itu.. hm..

Shima said...

ha ha cik.ptd..
Itu menunjukkan cik ptd dah lama tak datang rumah hannah maklumlah cik ptd asyik mengembara terbang bersama kenari hitam (bukan eagle) cik ptd aje.
Silalah datang ke rumah hannah yang telah diupgrade besar2an dan banyak barang akan dikeluarkan untuk garage sale.
p/s. Sesiapa yang nak beli carpet ela, washing machine lama, hi-fi sony, langsir putih/corak, tikar sarawak, lampu berdiri ikea boleh dapatkannya sekarang.. harga dijamin murah murah!

Anonymous said...

fouiyooo... cantiklah bilik study hannah n jiqah...

eh cik ptd dah lama tak update blog?? tgh mengembara ke serata dunia lagi ke?? hati2 sebab sekarang ni ada selesema .... ops tak boleh sebut, haram...

cik shima, aku booking langsir, carpet n hi fi...

Shima said...

mywanfai..
cik ptd sibuk skang nih.. dia kan kata nak ke Yemen. Ko tak nampak tu muka dia dalam gambar dah cengkung kurus.

cepat cepat sementara stok masih ada. Ko macam balik naik kete..