Kenduri kawin adik aku tinggal beberapa hari lagi. Minggu lepas aku teramat sibuk dengan menguruskan Hannah yang baru keluar hospital. Minggu ni nampak dah ok sikit cuma tekak masih sakit dan clot kesan bleeding sikit2 tu ada la lagi nak kena sentiasa cuci. So, aku pun mengambil kesempatan untuk menghubungi beberapa rakan-rakan lama (masa kecik) dan kawan-kawan ofis untuk menjemput ke kenduri adik aku pada Ahad ini. Ini antara dialog2 yang aku terkena harini..:
1. Laa... aku ingat Shima mana tadi..penyanyi ker..
2. Lerr... hidup lagi ko nih..
3. Hoi.. berpuluh kali aku telefon tak pernahnya dapat.. lain kali kalau tukar no telefon bagitau la kengkawan janganla syok sendiri..
4. Aku ingatkan ko dah tak ingat kengkawan lama.
5. Ingat jugak ko kat aku yer..
6. Huh.. nasib baik adik ko kawin, kalau tak sampai bila2 agaknya ko tak contact aku.
7. Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan..terima kasih.
8. Err.. sorilah yer.. I rasa you salah nombor..Dah 3 tahun I pakai nombor ni..
Ini baru beberapa yang aku call. Ada a few names lagi dalam list yang kecut perut aku nak call. Ngeri! Ngeri!
Hai keman.. nasib baikla ada kenduri kawin ko sebagai penyelamat aku. Kalau tak entah apa alasan aku nak contact kawan2 lama aku nih..
No comments:
Post a Comment