Sunday, March 15, 2009

hai.. bilalah aku nak start ni???

Bulan 3 dah masuk pertengahan. Maknanya dalam tempoh 2 bulan, adik perempuan aku yang cikgu prektikel tu nak kawin. Selang 2 minggu, adik ipar aku pulak akan melansungkan perkahwinannya. So, biasalah, semua orang pun berlumba-lumba nak diet GB. Ada yang aku dengar dah tempah kebaya ketat ala nyonya, ada yang target nak turun 15 kg dalam masa 2 bulan, tak kurang juga yang dah start diet hari-hari makan quaker oat. Maklumla, masing-masing nak kelihatan lansing dan bergaya semasa hari gilang gemilang tu nanti. (Macamla diorang yang nak kawin).

Persoalannya... Habis aku ni camana? Apa status aku ni? Takkan aku nak biarkan mereka slim melim begitu sahaja?

So aku pun ambil keputusan untuk START.
(START = istilah yang selalu digunapakai oleh adik beradik aku untuk memulakan sesi diet GB).

Tapi, untuk membolehkan START, selalunya kita akan ada majlis PERASMIAN.

So, malam tadi aku telah mengadakan majlis gilang gemilang sempena esok START. Moh kita tengok menu aku malam tadi.



Udang galah masak sweet sour


Kari kepala ikan semalam yang dah tinggal 2 batang bendi

Tapi macam biasa, selalunya perkara yang baik mesti akan ada halangannya. Dalam pada aku cadang nak START harini, tengahari tadi Hannah dan Hazeqah ajak pergi makan KFC. Tapi semua makan tak habis. Kalau ayah ada mesti ayah yang akan habiskan. Masalahnya tadi pergi dengan mama... so, mama lah yang terpaksa habiskan ayam 2 ketul dan nasik ayam separuh.

umm... Bilalah aku nak START?

3 comments:

Anonymous said...

bila nak START??... esok START... kah kah kah... kelakar lah entry nih

mungkin malam tadi tu perasmian yang pertama kot... so maknanya ada dua tiga kali lagi perasmian sebelum betul2 START...

Educator_2009 said...

ala..kalau x start diet GB lagi pun, sekurang2nya start la balik tulis entry kat blog ni..asyik bace entry sendiri yang orang tak komen2 pun..bila plak nk bace entry kat digital space ni..huhu..

Shima said...

mywanfai..
selepas perasmian yang sebenar di alrawsha tempohari, aku berazam hanya untuk mengadakan satu lagi majlis perasmian sebelum START.
Hanya satu majlis perasmian lagi..

TRANSFORMASI akan berlaku..

educator..
kalau nak orang komen kat blog ko, kena la rajin bagi komen kat blog org lain.. pastu yang penting citer kena menarik.. macam penulis resah tu.. macam2 idea dia.. hu hu.. kalau setakat uplod gambar2 kete tu baik aku beli majalah kete jer.. hu hu..
p.s. ko bila nak start? Nanti orang lain selim melim, pengantin pulak yang dash dash.. hu hu..