Persoalannya... Habis aku ni camana? Apa status aku ni? Takkan aku nak biarkan mereka slim melim begitu sahaja?
So aku pun ambil keputusan untuk START.
(START = istilah yang selalu digunapakai oleh adik beradik aku untuk memulakan sesi diet GB).
Tapi, untuk membolehkan START, selalunya kita akan ada majlis PERASMIAN.
So, malam tadi aku telah mengadakan majlis gilang gemilang sempena esok START. Moh kita tengok menu aku malam tadi.
Udang galah masak sweet sour
Tapi macam biasa, selalunya perkara yang baik mesti akan ada halangannya. Dalam pada aku cadang nak START harini, tengahari tadi Hannah dan Hazeqah ajak pergi makan KFC. Tapi semua makan tak habis. Kalau ayah ada mesti ayah yang akan habiskan. Masalahnya tadi pergi dengan mama... so, mama lah yang terpaksa habiskan ayam 2 ketul dan nasik ayam separuh.
umm... Bilalah aku nak START?
3 comments:
bila nak START??... esok START... kah kah kah... kelakar lah entry nih
mungkin malam tadi tu perasmian yang pertama kot... so maknanya ada dua tiga kali lagi perasmian sebelum betul2 START...
ala..kalau x start diet GB lagi pun, sekurang2nya start la balik tulis entry kat blog ni..asyik bace entry sendiri yang orang tak komen2 pun..bila plak nk bace entry kat digital space ni..huhu..
mywanfai..
selepas perasmian yang sebenar di alrawsha tempohari, aku berazam hanya untuk mengadakan satu lagi majlis perasmian sebelum START.
Hanya satu majlis perasmian lagi..
TRANSFORMASI akan berlaku..
educator..
kalau nak orang komen kat blog ko, kena la rajin bagi komen kat blog org lain.. pastu yang penting citer kena menarik.. macam penulis resah tu.. macam2 idea dia.. hu hu.. kalau setakat uplod gambar2 kete tu baik aku beli majalah kete jer.. hu hu..
p.s. ko bila nak start? Nanti orang lain selim melim, pengantin pulak yang dash dash.. hu hu..
Post a Comment