Saturday, March 28, 2009

Itulah.. kan saya dah pesan basuh tangan dulu!!

Untuk entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. Pengalaman ini samada manis, ngeri atau apa-apa ajelah terpulangla pada korang yang membaca untuk menilai. Ini merupakan pengalaman aku sendiri yang tidak aku ceduk dari mana-mana laman web atau majalah.

Kisah 1.
.
Kisah berlaku semasa aku bertugas kira-kira 2 tahun yang lalu. Setiap hari aku akan keluar rumah jam 6.30 pagi untuk meredah traffic Jalan Kuching yang entah bila akan surutnya. Sampai ofis dalam 7.15 pagi, perkara pertama yang aku akan buat selepas turn on PC ialah membancuh kopi. Satu ofis akan tau aku dah sampai walaupun kadang-kadang aku senyap tak bersuara dalam bilik aku mengadap PC disebabkan semerbaknya bau kopi yang aku bancuh.
.
sekadar hiasan
.
Sambil layan Utusan Online, barulah power nak layan kopi.
.
Satu hari aku ditegur oleh seorang rakan sepejabat yang berpangkat kakak.

Macamana awak boleh tahan minum kopi setiap pagi?

Ohh.. saya actually suka minum Nescafe dulu. Tapi now dah stop. Dah dekat setahun stop. Cuba taknak minum kafein.

Oh ya.. akak pun sama. Akak kopi lagi tak boleh minum. Tak tahan la dengan coffin. Selalu sakit kepala.

Erkk.. biar betul akak ni. Ke aku yang salah dengar. Dia sebut kafein ke coffin? Rasanya aku belum pekak lagi. Untuk mengesahkan bahawa pendengaran aku ni masih berfungsi dengan baik, sekali lagi aku ulang statement aku..

Tula pasal. Saya tak suka minum teh. So, minum kopi ajelah. Nak minum Nescafe, ada banyak KAFEIN. Perkataan KAFEIN aku stresskan untuk membetulkan ayat kakak ni.

Ye lah. Dah tua-tua macam ni badan mana tahan. Akak pun dah tak berani nak minum yang ber’coffin’. Takut tumbang.

Alamak.. memang sah aku tak salah dengar. Dia memang sebut coffin. So, daripada tegur dalam hati, baik aku bagi hint kat dia.

Bukannya Nescafe aje yang ada banyak KAFEIN. Coke, teh pun semuanya ada KAFEIN. Memangla KAFEIN ni boleh buat hilang mengantuk, tapi, bahaya KAFEIN ni kalau kita ambil berlebihan.

Haah. Akak pun dah takut nak ambik coffin banyak-banyak. Tapi kadang-kadang tu terpaksa juga. Katanya sambil berlalu.

Aku terkulat-kulat di situ.



Kisah 2.

Lebih kurang 4 tahun yang lalu, aku dan rakan sepejabat telah turun ke sekolah bagi mendapatkan maklumbalas mengenai status penggunaan perisian pendidikan di sekolah. Tak perlulah aku sebutkan sekolah mana dan negeri mana kami pergi buat soal-selidik tersebut. Cuma nak dapatkan feedback sahaja.

Waktu itu kami berjumpa dengan pentadbir sekolah dan dibawa ke Pusat Sumber untuk melihat lokasi penyimpanan perisian ini. Semasa melintasi sebuah kelas, aku terdengar suara cikgu sedang mengajar. Aku kagum kerana cikgu itu kelihatan sangat berdedikasi menerangkan konsep matematik kepada kelas yang diajar.

Tiba-tiba kaki aku seakan terhenti bila terdengar cikgu ni berkata di hadapan kelas..

Ok class.. who can answer my question, I will give you sugar-sugar.

Oppsss... secara automatis aku dan rakan setugas saling berpandangan. Terlopong kawan aku nih.. Parah! Parah! Sampai di hujung tangga mengekek-ngekek kami ketawa sampai nak menangis. Nasib baik guru Pusat Sumber tu tak perasan.
.
sekadar hiasan
Sugar-sugar? Tolongla!


Kisah 3.

Sekitar bulan Mei/Jun pada tahun yang lalu, aku bersama beberapa orang rakan telah menziarahi beberapa buah sekolah di sebuah negeri di Pantai Timur. Prosedurnya sungguh mudah, kami akan berada di belakang kelas untuk melihat bagaimana guru-guru mengaplikasikan penggunaan bahan-bahan ICT ini dalam bilik darjah.

Aku ingat lagi waktu itu matapelajaran Science. Eksperimen untuk menyukat suhu akibat tindakbalas kimia. Pada peringkat awal, guru ini kelihatan sangat berkeyakinan dalam penyampaiannya. Aku memang puji cikgu ni. Cara dia mengawal disiplin kelas amat mengkagumkan. Sewaktu sesi penerangan eksperimen, lebih kurang begini dialognya.

Ok class.. I want you to take that one and put into this one.

Later, take that long one, and put inside this one.

After, you take that thing and burn this thing.

Lastly, make sure you write down this one in your book.

Alamak! Berubah muka Boss aku. Hello! What is this one and what is that one? You must explain. Habisla kali ni. Kalau Boss aku dah muka cenggitu, alamat petanda tak baik.

Sebenarnya dia nak cakap cenggini,

Later, take that long one, and put inside this one. (Take the Thermometer and put inside the test tube to measure the temperature).

Rupanya, long one = thermometer, this one = test tube.

sekadar hiasan
.
Natijahnya, instead of 3 sekolah, tak pasal-pasal 10 sekolah kitorang kena pergi.
Hampeh!!


Kisah 4.

Kisah berlaku 5 tahun yang lalu. Aku tak ingat negeri mana. Kami turun ke sekolah untuk tujuan yang sama. Sebelum berangkat pulang, kebiasaannya, kami akan berbincang dengan pentadbir sekolah mengenai hasil dapatan soal selidik kami. Biasalah kalau dah sembang dengan diorang ni, macam-macam topik akan keluar. Kitorang pun layan ajelah nak buat camana.

Kami maklumkan kepada pentadbir ni, dalam network makmal komputer sekolah tu, ada banyak virus. Dengan muka yang selamba dia menjawab..

Itulah.. saya dah banyak kali pesan dengan technician, dengan cikgu-cikgu, sebelum pegang komputer tu basuh tangan dulu. Itupun saya dah mintak technician tutup semua computer tu dengan cover dia. Lepas tu pastikan selalu sembur. Inilah akibatnya kalau tak faham. Tengok dah habis semua komputer tu berjangkit.

Kami bertiga terus terdiam.
Selepas meminta izin untuk beredar dan mengucapkan terima kasih, kami tak tunggu lama. Terus masuk dalam kenderaan pejabat. Emm... tak payahla aku sambung citer ni, korang semua mesti dah tau apa yang berlaku seterusnya. Macam nak pecah perut aku tergelak.

sekadar hiasan
.
Sebenarnya ada banyak yang aku nak kongsi. Tapi kena tapis-tapis jugak maklumlah nanti ada pulak yang terasa.

Cuma, pandangan aku, kalau Gomen nak implimen sesuatu dasar tu mestilah ada sebabnya. Contohnya PPSMI ke.. PPICT ke..
.
Lu pikirla sendiri..

6 comments:

Anonymous said...

macam tahu jer coffin tu...

Shima said...

Anonymous..
Sebab dia tak taula dia sebut KAFEIN tu sebagai coffin. kalau dia tau makna coffin mungkin dia pun tak berani sebut.

Anonymous said...

tak....maksud saya macam tahu jer sapa orangnya yang cakap kafein as coffin tu.

Shima said...

ha ha ha.. dendiam tau.. nanti kecik ati dia kalau tau aku letak kat blog nih. Bukannya apa.. sebagai pengajaran..Cuba Anonymous dengar2 ada lagi tak dia sebut kafein as coffin?
p.s. teringat kepebel..

Anonymous said...

I pun pernah dengar dia sebut kafein tu coffin..

Shima said...

umm.. lidah agaknya kalau nak dilentur mestilah dari kecik.. he he.. anyway, apa2 ajelah asal dia bahagia..