Friday, March 13, 2009

nak baju masa Pak Lang kawin!!


Hari ini hari terakhir sebelum cuti sekolah. Kebetulan sekolah Agama Hannah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. So, semua murid sekolah dibolehkan untuk memakai pakaian biasa instead of baju sekolah. So, macam biasa, Hannah akan memilih untuk memakai baju hijau ini. Dia panggil "baju masa Pak Lang kawin".

Sebenarnya ini bukan kali pertama. Tahun lepas masa ada pertandingan nasyid kat sekolah, baju ni jugak yang dia nak pakai. Masa sambutan Hari Raya kat sekolah pun, dia mintak nak pakai baju ni. Bukan tak ada baju lain. Baju raya setahun 2 pasang aku tempah. Tapi baju masa Pak Lang kawin 3 tahun lepas ni jugak yang dia suka pakai. Mungkin sebab baju ni agak shining warnanya, so dia suka pakai.

So, kalau korang nak flashback balik kemeriahan masa Pak Lang kawin yang Hannah maksudkan, hah.. apa lagi.. layan...










p.s. Masa ni aku takdek. Ada kursus Emergency Preparedness Programme kat Adelaide under UNICEF. Sorrylah Pak Lang aku upload gambar kawin ko tanpa kebenaran. Saja nak mengimbau kemeriahannya. hu hu..

5 comments:

Anonymous said...

wah... hannah masih boleh pakai baju tu walaupun dah 3 tahun...

dalam 3 tahun jugaklah pak lang dah mengalami satu transformasi yang membimbangkan

tapi, dalam hanya 2 bulan sebelum kenduri mak itam, sekali lagi transformasi akan berlaku... huhu

Shima said...

mywanfai..
tak sabar aku nak tengok transformasi tu. Kalau kau gabungkan dengan produk agromashoppe (a.k.a milynshoppe) mesti lebih cepat dan berkesan.
p.s. apsal la sumer orang nak diet GB nih? Habih aku ni ape kesudahannya? Tak boleh jadi. Esok start.. ops.. minggu depan la..hu hu..

Anonymous said...

haha.. dulu eimran kurus lagi...

p/s- tudung dubai collection tidak mengenal usia... huhu

Wafa said...

Hahahahaha.....Oh..tuhan..tidak..tidak..aku tidak mahu sekali lagi kelihatan seperti dalam gambar pak lang kawin tu..no..no..no..!!!!

Transformasi..!!!Jom Shake!!

p/s: free consultation..for new customer..hu..hu..

Shima said...

myzira..
tudung dubai untuk kanak-kanak takdek ke?

wafa..
Semuanya nak transformasi.. macam aku tak caye jer.. Anyway.. Kita tungguuuuuuuuuu...