Tuesday, December 30, 2008

Akhirnya aku di sini..

Hampir sepuluh tahun yang lalu, aku sering melewati daerah ini. Setiap kali, entah kenapa aku pasti akan merasa bosan melalui daerah ini. Mungkin kerana kiri dan kanan aku agak sunyi. Tiada apa yang menarik untuk dipandang. Yang ada cuma pokok-pokok besar berdaun hijau, kuning dan oren yang menyejukkan mata aku pada waktu siang. Pada waktu malam, kalau perlu sahaja aku melewati kawasan ini. Itupun dengan keadaan pecutan yang sangat tinggi. Kelibat manusia? Kalau ada pun, sesekali sahaja kelibatnya akan kelihatan. Itupun pada waktu siang. Malam? Kalau berani…

Di selekoh itulah aku sentiasa memerhatikannya. Bangunan putih itu kelihatan sungguh bangga dengan dirinya. Bangunan putih itu seringkali mencuri perhatian aku setiap kali aku membelok menuruni bukit yang tak berapa nak cerun itu. Aku memang kagum dengan bangunan putih itu. Aku juga kagum dengan penghuninya. Bukan calang-calang mereka yang berani menghampiri bangunan itu. Mesti mempunyai ilmu yang tinggi di dada, semangat yang kuat sahaja aku percaya.

Ada juga aku mendengar kisah taulan aku yang menapa di situ. Ada yang singgah seketika. Ada juga yang mencuba nasib namun tak lama mana. Ada juga yang tak keluar-keluar dari bangunan itu. Entahlah…. Bagi aku yang tidak pernah mencuba, aku rasa sangat gementar. Terlopong aku mendengar cerita kawan-kawan aku yang pernah menapa di sana. Indah khabar dari rupa. Kalau tak kuat semangat jangan dekat kata mereka. Buruk padahnya.
Walaupun ada kalanya, aku merasakan bangunan putih itu seolah-olah melambai kepada aku. Mencabar aku menghuninya. Namun, cerita ceriti yang kedengaran memaksa aku seringkali berfikir.
Bangunan putih itu terlalu jauh untuk aku. Tak terjejak aku rasanya. Walaupun aku teramat ingin menghuninya, aku tak mampu.

Kini, selepas sepuluh tahun, aku kembali ke daerah ini. Kembali melewati kesunyian ini. Setiap kali aku menoleh, kiri dan kanan aku pemandangannya masih sama. Pokok-pokok dengan warna yang sama. Kelibat manusia masih lagi jarang kelihatan. Mungkin ada sesekali. Tapi selalunya mereka tidak bersendirian. Setelah sepuluh tahun daerah ini aku tinggalkan, aku kini kembali.

Di sini tersimpan cinta dan cita-cita aku. Sepuluh tahun impian aku terlerai di sini.

Aku kini di sini.

Di bangunan putih ini.

3 comments:

Anonymous said...

bangunan putih apa? kat mana? white house ke?

Permata Nusantara said...

bagunan putih? white building? hehe....moga impian jadi kenyataan....

Shima said...

bangunan putih itu? he he... itulah bangunan tempat aku mengaji sekarang ni.. dah lama aku teringin nak berada di bangunan ni... daripada degree lagi.. akhirnya lepas sepuluh tahun berjaya juga aku melanjutkan pengajian aku di sini..

FSKTM..