Aku masih ingat lagi sewaktu aku berada dalam tingkatan 5. Waktu itu adalah kelas mata pelajaran Kimia. Tajuk yang kami belajar pada hari tersebut adalah susunan Okted. Guru Kimia aku pada masa itu ialah cikgu Farah. Sebut nama cikgu Farah, satu sekolah tahu betapa garangnya cikgu Farah. Suaranya yang sangat lantang dengan pitching yang sangat tinggi memang cukup membingitkan telinga aku. Jangan berani-berani nak tidur atau berangan masa kelas cikgu Farah. Memang mencari nahas. Tambahan pula kelas aku pada masa itu hanya ada 20 orang sahaja.
Entah kenapa pada hari itu aku merasa sangat bosan. Tajuk yang menarik itu aku rasakan sungguh tidak bermakna. Mungkin disebabkan pada masa itu, cikgu Farah sedang mengandung. Mungkin keadaannya yang kurang sihat menyebabkan dia hanya duduk di meja guru. Tidak seperti kebiasaannya dia akan mengajar sambil meronda sekeliling kelas mencari sampah-sampah yang ada untuk dibuang. Kesempatan ini aku gunakan untuk mengulangkaji add maths. Aku masih ingat lagi tajuknya ialah Janjang Geometri. (Sekadar makluman.. aku tak terlibat dengan PPSMI). Memang aku terlalu asyik membuat soalan dan secara tiba-tiba aku mendengar nama aku dijerit dengan kuat.
“Apa yang kamu buat tu?” Tanya cikgu Farah sambil membesarkan biji matanya ke arah aku.
“Err… tulis nota cikgu…” Jawab aku dengan nada yang sungguh tidak meyakinkan.
“Mintak sini nota yang kamu tulis saya nak tengok..” Sambung cikgu Farah.
Alamak… kantoi!!!
Dada aku berdegup sangat kencang. Aku dapat rasakan masa itu jam berhenti berdetik. Suasana kelas aku tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Aku rasa kalau ada jarum jatuh pun sure boleh dengar. Semua mata tertumpu kepada aku. Dahlah aku ni Ketua Kelas. Sah sah aku kena marah ni.
“Ini nota semalam!!! Saya nak tengok nota harini yang kamu kata kamu tulis!!” Pekik cikgu Farah. Aku rasa biji mata dia semakin besar tapi aku tak berani nak pandang muka dia.
Alamak… mangkuk betulla. Memang nota tu semalam punya sebab masa semalam dia mengajar takdekla bosan macam ni. Bolehla aku salin nota. Harini dia mengajar macam baca berita. Manalah aku nak kosentret.
Aku hanya menunduk ke bawah. Bersalah la tu.. Umm nak buat macamana.. memang aku salah. Tapi bukan salah aku sepenuhnya sebab dia memang mengajar tak best harini.
“Kamu jangan ingat saya tak tau kamu tak dengar apa saya cakap. Lain kali saya taknak tengok lagi kamu tak beri tumpuan masa kelas saya.” Aku tak pasti samada itu satu nasihat atau ancaman. Tapi yang pasti, aku dah kena blacklist..
“Baik cikgu. Saya minta maaf.”
Sewaktu berjalan balik ke tempat duduk, sempat mata aku mengerling ke arah beberapa mangkuk hayun classmate aku yang menyeringai macam kerang busuk. Cis bedebah!! Tak henti-henti aku menyumpah cikgu Farah dalam hati aku. Ko ingat aku tak pandai yer.. Tak guna punya kawan korang gelakkan aku ye.. Nantila… aku study giler-giler aku score baru padan muka korang yang menghina aku.
Tapi itu dulu…
Itu cerita lama… Kira-kira 18 tahun yang lalu. Terima kasih kepada Cikgu Farah yang begitu garang menyergah aku. Akibatnya, sampai kini, aku masih ingat lagi bagaimana cara melukis susunan 8 elektron di petala terluar atom bagi membentuk susunan okted tersebut. Kalau tidak kerana cikgu Farah tak mungkin susunan itu masih melekat dalam ingatan aku sehingga sekarang.
Kini cikgu Farah telah tiada. Aku mendapat berita cikgu Farah telah meninggal dunia pun hampir 7 tahun selepas ketiadaannya. Berita yang aku dengar selepas pantang arwah pergi berenang. Arwah meninggal dunia akibat lemas kerana kejang kaki semasa berenang. Al-Fatihah kepada cikgu Farah. Aku memang sayangkan cikgu Farah dan semua cikgu-cikgu aku. Walaupun cikgu-cikgu aku dulu macam-macam ragamnya, aku tetap sayangkan mereka. Jauh sekali untuk mendendami mereka.
Kisah cikgu Farah mengingatkan aku semasa aku belajar di Universiti dahulu, kami selalu berjalan kaki ke kolam renang berhampiran pusat sukan berhampiran kolej aku. Waktu untuk perempuan setiap Selasa dan Khamis malam. Aku belajar mengapungkan diri dan berenang sikit-sikit daripada kawan-kawan yang expert. Namun, aku pernah sekali mengalami kaki kejang sewaktu berenang. Mujur aku berenang berhampiran dengan dinding kolam. Walaupun aku panic, perlahan-lahan aku bergerak ke tepi dinding kolam dan terus terus naik ke permukaan. Sebab itulah sehingga sekarang aku agak fobia dengan kolam renang. Walaubagaimanapun, aku tak pernah serik.
Sekarang anak-anak aku kalau pergi mana sekalipun, baik percutian di Cameron Highland ke, Genting Highland ke, Kota Bharu ke, Alor Star ke, Port Dickson ke, soalan pertama yang akan diajukan ialah..“hotel tu ada kolam renang ke tak?” Jadi, walau ke mana kami pergi, aku terpaksa pastikan bahawa kolam renang wujud di radius yang berdekatan dengan lokasi penginapan kami.
Aku sangat risau bila mengingatkan keadaan ini. Sebab itu aku menghantar kedua-dua anak aku ke kelas renang, Hannah nampaknya sudah boleh mengapungkan diri dan berenang short distance. Kadang-kadang aku terlihat dia berenang secara kuak lentang. Zeqah pulak, baru nak belajar mengapungkan diri. Aku bukannya apa, teringat bagaimana aku pernah kejang dalam air dulu. Nauzubillah.. Sebab itulah syarat aku, kalau nak pergi swimming, mama dengan ayah dua-dua kena ada, barulah dua-dua anak boleh sama-sama swimming.
Cuti sekolah ni aku ambil kesempatan menghantar anak-anak aku ke kelas renang. Aku sangat berharap mereka pandai berenang, Aku ingin bina keyakinan dan semangat dalam diri mereka. Aku tidak mahu mereka ada perasaan takut.
Aku sayangkan anak-anak aku. Dan aku sanggup buat apa sahaja.
Siapa lagi kalau bukan aku?

No comments:
Post a Comment