Monday, March 30, 2009

takpela.. mama janganla sedih..


Pada hari minggu yang lalu, aku memang tidak kemana-mana. Hanya ke Jusco Wangsa Maju membeli barang-barang stok keperluan rumah yang dah susut. Maid aku dah siapkan list yang hendak dibeli, apa lagi, siapkan ajelah duitnya. Kebetulan weekend ni setiap hari hujan. So adalah alasan aku untuk menyiapkan assignment database aku kat rumah. Bukannya apa, presentation hari Selasa ni, so kalau tak siap, memang sah-sah kantoi 20% aku. Bukannya boleh copy and paste, system tu nak kena develop, nak kena test dan nak kena run report. So, weekend ni memang aku agak al-kelam wal-kabut.


Tapi mesti korang tak caya, cara aku nak merelease tension aku ialah dengan memasak. ha ha.. sebabnya kalau hari weekdays, selalunya aku ada kelas sampai kol 9 malam. Sampai umah dah kol 10, nak masak amendanya. Alhamdulillah suami aku memahami. So, kekadang lepas aku balik kelas, dia akan bawak kitorang pegi pot kat mamak Taqwa Sri Gombak tu. Itu memang la tempat pot semenjak dia bujang. Sampai skang ni dah ada anak 2 dah besar2 anak aku pun kitorang pegi situ jugak. Sebab santai aje tempat dia. So, weekend ajelah aku melepas gian nak memasak.


Anyway, bukan itu yang aku nak cerita.


Aku nak citer pasal kesibukan aku ni sampai anak aku yang kecik pun perasan. Bila dia tengok aku macam huru hara aje, dia akan tanya,


Mama, why you look like so sedih?


Mama ada banyak kerja la baby. Sebab tu mama sedih.


Hai.. ada banyak kerja pun sedih?


Yelah.. Sebab mama tak tau bila nak siap. Sebab tu la mama sedih sebab tak dapat main-main dengan baby.


Takpe la. Mama janganla sedih. Ni, cuba mama tengok ni, Zeqah pun ada banyak kerja. Tengok ni Homework Cina Zeqah pun belum siap. Nanti Zeqah temanla mama. Katanya sambil menyelak buku Mandarinnya dan menunjukkan kepada aku.


Nanti baby tidur lewat.


Tak apa la. Kalau Zeqah nak tidur nanti Zeqah cakapla dengan mama. Sekarang ni mama buat la kerja mama dulu.


emmm.. kesiannya anak aku. Ada ke patut dia yang pujuk aku?? Masalahnya homework Cina tu aku manalah tau nak tolong. Selalunya kalau ada problem, dia akan mintak aku call maksu kat Penang, online kat YM. So, dia akan tunjukkan maksu soklan tu, dan maksu akan guide dia untuk buat soklan tu secara remote.


Untung ada teknologi. Nampaknya anak aku lagi gedeban. Study pun secara online. Siap pakai VoIP lagi.


Hai.. cepat-cepatla habis assignment. Aku nak study untuk exam pulak.

Saturday, March 28, 2009

Itulah.. kan saya dah pesan basuh tangan dulu!!

Untuk entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. Pengalaman ini samada manis, ngeri atau apa-apa ajelah terpulangla pada korang yang membaca untuk menilai. Ini merupakan pengalaman aku sendiri yang tidak aku ceduk dari mana-mana laman web atau majalah.

Kisah 1.
.
Kisah berlaku semasa aku bertugas kira-kira 2 tahun yang lalu. Setiap hari aku akan keluar rumah jam 6.30 pagi untuk meredah traffic Jalan Kuching yang entah bila akan surutnya. Sampai ofis dalam 7.15 pagi, perkara pertama yang aku akan buat selepas turn on PC ialah membancuh kopi. Satu ofis akan tau aku dah sampai walaupun kadang-kadang aku senyap tak bersuara dalam bilik aku mengadap PC disebabkan semerbaknya bau kopi yang aku bancuh.
.
sekadar hiasan
.
Sambil layan Utusan Online, barulah power nak layan kopi.
.
Satu hari aku ditegur oleh seorang rakan sepejabat yang berpangkat kakak.

Macamana awak boleh tahan minum kopi setiap pagi?

Ohh.. saya actually suka minum Nescafe dulu. Tapi now dah stop. Dah dekat setahun stop. Cuba taknak minum kafein.

Oh ya.. akak pun sama. Akak kopi lagi tak boleh minum. Tak tahan la dengan coffin. Selalu sakit kepala.

Erkk.. biar betul akak ni. Ke aku yang salah dengar. Dia sebut kafein ke coffin? Rasanya aku belum pekak lagi. Untuk mengesahkan bahawa pendengaran aku ni masih berfungsi dengan baik, sekali lagi aku ulang statement aku..

Tula pasal. Saya tak suka minum teh. So, minum kopi ajelah. Nak minum Nescafe, ada banyak KAFEIN. Perkataan KAFEIN aku stresskan untuk membetulkan ayat kakak ni.

Ye lah. Dah tua-tua macam ni badan mana tahan. Akak pun dah tak berani nak minum yang ber’coffin’. Takut tumbang.

Alamak.. memang sah aku tak salah dengar. Dia memang sebut coffin. So, daripada tegur dalam hati, baik aku bagi hint kat dia.

Bukannya Nescafe aje yang ada banyak KAFEIN. Coke, teh pun semuanya ada KAFEIN. Memangla KAFEIN ni boleh buat hilang mengantuk, tapi, bahaya KAFEIN ni kalau kita ambil berlebihan.

Haah. Akak pun dah takut nak ambik coffin banyak-banyak. Tapi kadang-kadang tu terpaksa juga. Katanya sambil berlalu.

Aku terkulat-kulat di situ.



Kisah 2.

Lebih kurang 4 tahun yang lalu, aku dan rakan sepejabat telah turun ke sekolah bagi mendapatkan maklumbalas mengenai status penggunaan perisian pendidikan di sekolah. Tak perlulah aku sebutkan sekolah mana dan negeri mana kami pergi buat soal-selidik tersebut. Cuma nak dapatkan feedback sahaja.

Waktu itu kami berjumpa dengan pentadbir sekolah dan dibawa ke Pusat Sumber untuk melihat lokasi penyimpanan perisian ini. Semasa melintasi sebuah kelas, aku terdengar suara cikgu sedang mengajar. Aku kagum kerana cikgu itu kelihatan sangat berdedikasi menerangkan konsep matematik kepada kelas yang diajar.

Tiba-tiba kaki aku seakan terhenti bila terdengar cikgu ni berkata di hadapan kelas..

Ok class.. who can answer my question, I will give you sugar-sugar.

Oppsss... secara automatis aku dan rakan setugas saling berpandangan. Terlopong kawan aku nih.. Parah! Parah! Sampai di hujung tangga mengekek-ngekek kami ketawa sampai nak menangis. Nasib baik guru Pusat Sumber tu tak perasan.
.
sekadar hiasan
Sugar-sugar? Tolongla!


Kisah 3.

Sekitar bulan Mei/Jun pada tahun yang lalu, aku bersama beberapa orang rakan telah menziarahi beberapa buah sekolah di sebuah negeri di Pantai Timur. Prosedurnya sungguh mudah, kami akan berada di belakang kelas untuk melihat bagaimana guru-guru mengaplikasikan penggunaan bahan-bahan ICT ini dalam bilik darjah.

Aku ingat lagi waktu itu matapelajaran Science. Eksperimen untuk menyukat suhu akibat tindakbalas kimia. Pada peringkat awal, guru ini kelihatan sangat berkeyakinan dalam penyampaiannya. Aku memang puji cikgu ni. Cara dia mengawal disiplin kelas amat mengkagumkan. Sewaktu sesi penerangan eksperimen, lebih kurang begini dialognya.

Ok class.. I want you to take that one and put into this one.

Later, take that long one, and put inside this one.

After, you take that thing and burn this thing.

Lastly, make sure you write down this one in your book.

Alamak! Berubah muka Boss aku. Hello! What is this one and what is that one? You must explain. Habisla kali ni. Kalau Boss aku dah muka cenggitu, alamat petanda tak baik.

Sebenarnya dia nak cakap cenggini,

Later, take that long one, and put inside this one. (Take the Thermometer and put inside the test tube to measure the temperature).

Rupanya, long one = thermometer, this one = test tube.

sekadar hiasan
.
Natijahnya, instead of 3 sekolah, tak pasal-pasal 10 sekolah kitorang kena pergi.
Hampeh!!


Kisah 4.

Kisah berlaku 5 tahun yang lalu. Aku tak ingat negeri mana. Kami turun ke sekolah untuk tujuan yang sama. Sebelum berangkat pulang, kebiasaannya, kami akan berbincang dengan pentadbir sekolah mengenai hasil dapatan soal selidik kami. Biasalah kalau dah sembang dengan diorang ni, macam-macam topik akan keluar. Kitorang pun layan ajelah nak buat camana.

Kami maklumkan kepada pentadbir ni, dalam network makmal komputer sekolah tu, ada banyak virus. Dengan muka yang selamba dia menjawab..

Itulah.. saya dah banyak kali pesan dengan technician, dengan cikgu-cikgu, sebelum pegang komputer tu basuh tangan dulu. Itupun saya dah mintak technician tutup semua computer tu dengan cover dia. Lepas tu pastikan selalu sembur. Inilah akibatnya kalau tak faham. Tengok dah habis semua komputer tu berjangkit.

Kami bertiga terus terdiam.
Selepas meminta izin untuk beredar dan mengucapkan terima kasih, kami tak tunggu lama. Terus masuk dalam kenderaan pejabat. Emm... tak payahla aku sambung citer ni, korang semua mesti dah tau apa yang berlaku seterusnya. Macam nak pecah perut aku tergelak.

sekadar hiasan
.
Sebenarnya ada banyak yang aku nak kongsi. Tapi kena tapis-tapis jugak maklumlah nanti ada pulak yang terasa.

Cuma, pandangan aku, kalau Gomen nak implimen sesuatu dasar tu mestilah ada sebabnya. Contohnya PPSMI ke.. PPICT ke..
.
Lu pikirla sendiri..

Wednesday, March 25, 2009

Bloggers Gathering in Al-Rawsha

Pada Sabtu yang lepas, satu sesi gathering bloggers Teratak Anisma yang julung-julung kalinya telah diadakan di Labanese Restaurant, Al-Rawsha, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Gathering kecil-kecilan ini telah dihadiri oleh hampir kesemua bloggers Teratak Anisma kecuali permata nusantara dan myzira yang masing-masing berada di Selatan dan Utara tanahair menghabiskan saki-baki waktu-waktu terakhir di menara gading masing-masing.
.
Tujuan diadakan sesi gathering ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan bloggers. Juga bagi membincangkan isu-isu hangat terkini yang dimuatkan dalam blog masing-masing termasuk penggunaan laman blog untuk tujuan perniagaan tidak ketinggalan isu-isu panas seperti PPSMI. Ahli-ahli juga turut membincangkan security features yang perlu dipertingkatkan di blog masing-masing agar tidak dicemari dengan kritikan yang mengikut emosi dan berlebihan sehingga boleh mencetuskan ketidaksenangan dalam kalangan bloggers yang lain. Perbincangan mengenai persiapan majlis persandingan gilang-gemilang educator2009 juga turut menjadi agenda utama.
.
Halatuju blog masing-masing seperti penggunaan blog sebagai penyebar maklumat, perniagaan, mahupun sebagai platform mengasah bakat bersajak dan bersyair juga turut dibincangkan. Terdapat juga permintaan dari bloggers muda (young bloggers) agar diwujudkan platform bagi mereka untuk memberi kesedaran akan peri pentingnya pendidikan dan pendedahan awal dunia IT kepada kalangan blogger muda ini. ptd unggul juga disarankan agar turut sama mewujudkan blog bagi membolehkan pengalaman beliau dikongsi bersama oleh bloggers Teratak Anisma yang lain.

Juga dibincangkan mengenai kesukaran memberi komen kepada blog-blog milynshoppe, digital space kerana sebarang ulasan perlu diluluskan oleh pengarang blog sebelum dipapar ke laman web. Terdapat juga sensitiviti dalam kalangan bloggers terhadap isu dan foto (terutamanya masa zaman montel) yang dimuatnaik oleh bloggers lain. Walaubagaimanapun, isu ini dianggap terpencil.



Hidangan utama, Nasi Mandy ayam dan kambing



Hadir sama semasa sesi gathering ini adalah blogger termuda dari Pantai Timur iaitu mywanfai junior yang dari mula sampai akhir gathering nampaknya asyik mengunyah nasik mandy.


Sedang menunggu makanan

PTD Unggul dan Educator2009 yang tak kisah pasal diet GB


Bisneslady Herbal Life makan dengan rileks dan kontrolnya
.

Kedua-dua ibubapa yang dikasihi, mak dan abah, isha-abama

.
Sesi gathering seperti ini diharap akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelapangan masa untuk mengumpulkan kesemua ahli dan juga yang paling penting ialah faktor PENAJA.

Sunday, March 22, 2009

Can I have higher dosage?


Last Thursday I had an exam. Software Engineering paper. Even though its only contributed 10% of my final exam marks, it is very important for me as I can start to study all the chapters, awaken me from my long dreams that assignment is not everything that I need to catch up with. At least it can be a start for me to prepare for my final exam.
.
Friday night I was not feeling comfortable. My head felt ached, my nose started to cry and I could felt the sore throat attacking my neck. My mouth suddenly felt dry, and I told myself... thats it.. I need to push the keyboard, turn off the PC and put my head on the pillow. But as I tried to do that, the task getting more and more interesting. Maybe some people might be thinking that this lady is crazy, but to tell you guys the truth, I am learning ASP.net programming language by myself!! Can you believe that? ha ha.. maybe you dont believe..
.
Saturday morning I went to the clinic. After measuring my BP, the Dr said.. well, the BP looks normal, 110/80. I will give you the medicine for bla.. bla.. and also some antibiotics with normal dose. After 2-3 days, if you still feel not ok, please come again to visit the doctor.
.
Can I have higher dosage of antibiotic Dr? I asked the Dr innocently.
.
But why? Asked the Dr.
.
I have a lot of things that need my commitment. I cannot afford to fall sick especially now. Also I need to recover as fast as I can. Replied me.
.
Well, it will cost you more than RM100. Is it ok? Asked the Dr again.
.
I dont mind. Furthermore, its the panel who is paying, not me.
.
But they will query us why the bill is so high.. he replied again.
.
Well.. if they query, and ask me to pay, its ok I will pay.. but I cannot waste my time.. especially right now.
.
Okay then.. Just take care. Replied the Dr.
.
So yesterday, after took the medication, I felt sleep until the next morning at 12 noon. As I tried to proceed with my work, suddenly my headache comes again.. umm... so, I took the medicine, and sleep again until 6.00 pm.
.
Now, after managing all things for next week activities, including checking the children's preparation for schools including homeworks, clothes, food for their breakfast tommorrow, here I am sitting in front of my big screen.
.
I already checked my emails, updated my files, also planned some arrangements for this week discussions. Enough for today. Now I am moving to my bed.
.
This week is going to be more busy.. more worst and more nightmares for me.. hi hi hi..

Sunday, March 15, 2009

hai.. bilalah aku nak start ni???

Bulan 3 dah masuk pertengahan. Maknanya dalam tempoh 2 bulan, adik perempuan aku yang cikgu prektikel tu nak kawin. Selang 2 minggu, adik ipar aku pulak akan melansungkan perkahwinannya. So, biasalah, semua orang pun berlumba-lumba nak diet GB. Ada yang aku dengar dah tempah kebaya ketat ala nyonya, ada yang target nak turun 15 kg dalam masa 2 bulan, tak kurang juga yang dah start diet hari-hari makan quaker oat. Maklumla, masing-masing nak kelihatan lansing dan bergaya semasa hari gilang gemilang tu nanti. (Macamla diorang yang nak kawin).

Persoalannya... Habis aku ni camana? Apa status aku ni? Takkan aku nak biarkan mereka slim melim begitu sahaja?

So aku pun ambil keputusan untuk START.
(START = istilah yang selalu digunapakai oleh adik beradik aku untuk memulakan sesi diet GB).

Tapi, untuk membolehkan START, selalunya kita akan ada majlis PERASMIAN.

So, malam tadi aku telah mengadakan majlis gilang gemilang sempena esok START. Moh kita tengok menu aku malam tadi.



Udang galah masak sweet sour


Kari kepala ikan semalam yang dah tinggal 2 batang bendi

Tapi macam biasa, selalunya perkara yang baik mesti akan ada halangannya. Dalam pada aku cadang nak START harini, tengahari tadi Hannah dan Hazeqah ajak pergi makan KFC. Tapi semua makan tak habis. Kalau ayah ada mesti ayah yang akan habiskan. Masalahnya tadi pergi dengan mama... so, mama lah yang terpaksa habiskan ayam 2 ketul dan nasik ayam separuh.

umm... Bilalah aku nak START?

Friday, March 13, 2009

nak baju masa Pak Lang kawin!!


Hari ini hari terakhir sebelum cuti sekolah. Kebetulan sekolah Agama Hannah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. So, semua murid sekolah dibolehkan untuk memakai pakaian biasa instead of baju sekolah. So, macam biasa, Hannah akan memilih untuk memakai baju hijau ini. Dia panggil "baju masa Pak Lang kawin".

Sebenarnya ini bukan kali pertama. Tahun lepas masa ada pertandingan nasyid kat sekolah, baju ni jugak yang dia nak pakai. Masa sambutan Hari Raya kat sekolah pun, dia mintak nak pakai baju ni. Bukan tak ada baju lain. Baju raya setahun 2 pasang aku tempah. Tapi baju masa Pak Lang kawin 3 tahun lepas ni jugak yang dia suka pakai. Mungkin sebab baju ni agak shining warnanya, so dia suka pakai.

So, kalau korang nak flashback balik kemeriahan masa Pak Lang kawin yang Hannah maksudkan, hah.. apa lagi.. layan...










p.s. Masa ni aku takdek. Ada kursus Emergency Preparedness Programme kat Adelaide under UNICEF. Sorrylah Pak Lang aku upload gambar kawin ko tanpa kebenaran. Saja nak mengimbau kemeriahannya. hu hu..

Wednesday, March 11, 2009

Mama ni pandai sangatla..

Hari itu adalah cuti hari Thaipusam. Aku sebenarnya malas nak keluar rumah sebab dah tau jalan memang jem, tapi sebab dah lama sangat berjanji dengan Hannah dan Hazeqah nak pergi main Love and Berry, terpaksalah aku redah juga jalan Highway Melati nak ke Jusco Wangsa Maju. Kebetulan suami pulang ke kampung mertua ada urusan. Kalau suami ada, bolehlah aku rileks sikit, nampaknya nak tak nak kena lah jugak menjadi driver menempuh lautan manusia sepanjang jalan di hadapan Batu Caves.

Dalam perjalanan pulang, Hannah bertanya:

Kenapa orang ramai sangat ni mama dekat sini?

Harini hari Thaipusam. Jadi, semua orang-orang beragama Hindu dari jauh dan dekat akan datang ke Batu Caves untuk sembahyang. Kakak nampak tak ada big statue kat situ?

Haah la mama. Ramai pun orang naik tangga jugak.

Iyelah, diorang semua nak masuk dalam cave tu sebab nak sembahyang.

Ohh... cave tu masjid orang Hindu ke mama?

ummm..
Kalau tempat orang Islam sembahyang, tempat itu dipanggil masjid.
Kalau orang Kristian pulak, namanya gereja atau dalam Bahasa Inggeris church.
Kalau orang Hindu, tempat itu dipanggil kuil atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil temple.

mama ni pandai sangatla.

kenapa pulak?

Iyelah... semua yang Hannah tanya, semua mama tau.. Every question Hannah tanya, mesti mama tau jawapan dia. Macamana mama boleh jadi pandai?

umm... esok nanti bila Hannah dah besar macam mama, nanti Hannah pun boleh jadi pandai macam mama. Jawab aku.

Hannah tersenyum.


"Esok nanti bila Hannah dah besar macam mama, nanti Hannah pun boleh jadi pandai macam mama."

Hai.... betul ke jawapan aku tu?
Entahla.. Atau hanya escapism? Aku pun tak pasti..

Monday, March 2, 2009

kisah nasik goreng udang

Kes 1.
Setiap hari sabtu kebiasaannya aku akan bawak anak2 aku pegi makan kat Johnny Selayang Mall lepas kelas piano. Menu yang Hannah suka ialah nasik goreng udang. Well, actually, dulu dia makan nasik goreng aje tapi lately agaknya dia dah tau rasa udang goreng tu sedap barulah dia nak makan udang tu. Tapi Hazeqah masih lagi makan nasik aje. Udang tu biasalah.. akan dihabiskan oleh bandaraya.

Setiap hari sebelum tidur, aku akan bertanya kepada Hannah apa bekalan yang nak dibawa ke sekolah pada esok harinya. Tengoklah, kadang-kadang dia minta roti sosej, nasik goreng, roti telur ataupun sesekali Wan akan belikan kueh keria untuk dibuat bekal ke sekolah. Melihat Hannah suka makan nasik goreng udang, suatu pagi aku pun masakla nasik goreng taruh udang. Aku bekalkan 4 ekor udang untuk anak kesayangan aku ni. Balik dari sekolah, Hannah minta nasik goreng udang lagi. Nasib baik pagi tadi aku goreng banyak, maka adalah sedikit untuk dipanaskan makan tengahari.

Aku bertanya kepada Hannah,
sedap ke nasik goreng mama masak? Kakak suka ke makan nasik goreng ni?

Kata Hannah,
sedap sangat la mama, tapi kalau kat sekolah Hannah selalu dapat makan satu aje udang. Selalunya kawan Hannah akan mintak udang yang mama bekalkan tu. Hannah makan nasik kosong aje.

Sedih betul aku mendengarnya.
.
Takpelah kakak share la dengan kawan makan sama-sama. Dia rasa food kakak bawak, kakak rasa food dia bawak jugak sama-sama.
.
Tapi mama, diorang tak bawak bekal asyik-asyik nak mintak Hannah aje. Kalau roti sosej pun sama. Selalu kalau mama bawak 4, Hannah makan satu aje. Lain semua kawan-kawan mintak.
.
Alahai sian anak aku. Apa la punya kawan.. takdek sikap setiakawan lansung.


Kes 2.

Pagi tadi aku hantar Hannah ke sekolah. Dalam perjalanan, aku bertanya kepada Hannah,

kakak, kat sekolah kakak ada tak budak nakal?

Nakal camana ma?

Yelah... yang suka kacau orang ke.. suka mintak duit orang ke..

umm... ada satu budak ni kan ma.. selalu mintak duit Hannah.

Kenapa dia selalu mintak duit kakak? Lelaki ke perempuan?

Perempuan. Yelah sebab dia tau Hannah selalu bawak bekal, Hannah tak belanja duit kat sekolah. Sebab tu dia tau Hannah ada duit.

Aku bertanya lagi.

Dia mintak duit kakak camana?

Dia kata.. Hannah.. mintak satu ringgit.

Pastu Hannah bagi ke tak?

Hannah tak bagi la..

Kenapa Hannah tak bagi?

Hannah kata kat dia.. tak bolehla.. sebab mama kita kasi duit untuk kita belanja mana boleh kita kasi kat orang.

ummm... nasib baik anak aku ni bijak. Kalau tak sah sah asyik kena pau dengan bebudak sekolah.

Haii.. bawak bekal salah.. tak bawak bekal salah..
bawak bekal kena pau.. tak bawak bekal nanti lapar pulak anak aku..
Hannah sabar ajelah ye!