Teringat aku semasa kecil dulu kalau makan masakan emak yang paling aku letih sekali kalau dalam lauk tu ada bawang. Jenuhla aku mengasingkan bawang tu dari nasik goreng ke mee goreng ke sebab rasa bawang memang tak sedap. Sampai mak selalu cakap.. 'alah.. bukannya mati pun kalau makan bawang tu..'
Sampai aku dah besar panjang masuk Universiti pun aku masih lagi tak suka bawang. Aku masih ingat ada kawan aku sorang ni pergi kedai tomyam siap pesan lagi kat waiter tu.. 'kasi saya tomyam udang yer bukan tomyam bawang' he he.. punyalah tak sukanya dengan bawang.
Masa berlalu begitu pantas.. sekarang ni anak aku pulak yang anti bawang. Apa saja yang aku masak, kalau ada bawang mesti kerja-kerja pengasingan perlu dilakukan terlebih dulu. Letih aku. Jangan kata bawang, sayur keret yang dah dimayang halus pun kena reject tepi pinggan.
Sekarang ni giliran aku pulak yang cakap.. 'apa salahnya makan bawang.'. 'bukannya ada rasa apa2 pun'..'bawang and carrot kan healthy food'.. 'bawang and bayam give us energy.'. dan macam2 lagilah untuk convince anak2 aku supaya telan aje bawang dan sayur tu.
p/s: Sebenarnya peel kita manusia ni sama aje masa kita kecik.
3 comments:
aik..
org makan bawang..tapi masa makan sate je..& makan bawang dalam makanan yang ditumis..huhuh
blog ni pon cm nk berhabuk dah...huhu
lama tak update blog?
Post a Comment