Friday, November 14, 2008

Kini Kembali

Terlalu ramai yang menanyakan persoalan bilakah agaknya aku akan kembali beraksi di bidang penulisan blog ini. Aku pun tidak pasti mengapa persoalan ini timbul. Cuma berdasarkan analisis aku ada beberapa perkara utama yang cuba diutarakan oleh mereka:
  1. Mengapa aku senyap dan sunyi dengan tiada khabar berita? Apakah aku sudah kekeringan idea untuk menulis? Atau aku tiada lagi melalui pengalaman menarik yang boleh aku kongsi bersama mereka.
  2. Blog aku sekadar mengisi masa lapang atau waktu senggang di pejabat? Kadang-kadang sewaktu di pejabat, walaupun kita buat-buat sibuk agak sibuk dengan tugasan dan deadline yang tidak mengenal erti jemu, tangan tu secara spontan akan cuba melihat isu terkini yang dihidangkan oleh rakan bloggers kita.

Sebenarnya arena blog ini bukanlah sesuatu yang baru bagi aku. Aku mula diperkenalkan kepada blog hampir 3 tahun lalu ketika aku sedang mengikuti kursus di luar negara. Dengan keadaan masa yang terhad dan kemalasan aku untuk menghantar berita kepada rakan dan taulan, aku mula menulis. Segala aktiviti harian aku dan menu makanan harian yang tak berapa nak menyelerakan sering menjadi tajuk yang aku akan utarakan di blog aku.

Sekembali aku ke Malaysia, aku masih meneruskan aktiviti ini dan menulis mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan minat aku dan apa jua perkara yang aku rasakan sesuai untuk aku kongsi bersama rakan dan taulan.

Persoalan mula timbul apabila aku mula merasa muak dengan apa yang aku tulis.

Tapi yang pasti.. walaupun aku tak berapa pandai nak mengayat (macam sesetengah bloggers yang blognya penuh dengan sajak dan syair serta penggunaan gaya bahasa yang tinggi) aku akan cuba untuk mengajaak kalian untuk melihat apa yang aku lihat dan berkongsi pengalaman dengan aku di ruangan digital ini.

Mengapa harus aku menulis di blog? Aku masih cuba mencari jawapan bagi persoalan ini.

2 comments:

Anonymous said...

aku tau jawapannya... `sebab semua adik2 aku dah bergelar blogger termasuk untuk menjual tudung'... huhu

Permata Nusantara said...

haha..,milyn shoppe juga telah menjadi blogger...kini muncul dalam perniagaan untuk suri rumah tangga yang bz dan xckup masa untuk ke dapur...huhu